Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shanmugam sifatkan komen Leong Mun Wai terdahulu berbaur perkauman

Feb 5, 2025 | 8:08 PM
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, pada 5 Februari menyatakan bahawa kenyataan lalu Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, menunjukkan beliau tidak menghargai pendekatan berbilang kaum yang diguna pakai pemerintah dalam dasar-dasarnya. 
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, pada 5 Februari menyatakan bahawa kenyataan lalu Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, menunjukkan beliau tidak menghargai pendekatan berbilang kaum yang diguna pakai pemerintah dalam dasar-dasarnya.  - Foto MDDI

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pada 5 Februari menyatakan bahawa kenyataan lalu Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, menunjukkan beliau tidak menghargai pendekatan berbilang kaum yang diguna pakai pemerintah dalam dasar-dasarnya. 

Menteri itu merujuk kepada komen yang dibuat Encik Leong, juga ahli Parti Kemajuan Singapura (PSP), di Parlimen mengenai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh India-Singapura (Ceca) dan mengenai perumahan awam di media sosial.

Encik Shanmugam menyatakan bahawa ketika ditanya di Parlimen pada September 2021, Encik Leong mengakui beberapa ahli PSP merasakan kenyataannya mengenai Ceca telah menyasarkan masyarakat India, lapor The Straits Times.

Encik Shanmugam memberi jawapan kepada soalan yang diajukan Encik Leong mengenai sama ada pemerintah merancang mengkaji semula rangka kerja Cina-Melayu-India-Lain-Lain (CMIO).

Encik Shanmugam merujuk kepada komen di Facebook yang mana Encik Leong menyebut rakyat Singapura yang “terpaksa tinggal di flat HDB”, dalam perbincangan mengenai cadangan perumahan PSP. 

Apabila komen itu dibangkitkan dalam perbahasan Parlimen pada Februari 2023 mengenai perumahan awam, Encik Leong mengatakan kata-katanya telah disalah tafsir, namun beliau menawarkan untuk menarik balik kenyataan tersebut. 

“Jika ada yang tersinggung dengan pilihan perkataan saya, saya tarik balik penggunaan perkataan itu, tetapi petikan itu... di luar konteks,” jelasnya ketika itu.

Pada 5 Februari, Encik Shanmugam berkata kededua kenyataan tersebut menunjukkan Encik Leong tidak menghargai integrasi etnik di estet perumahan awam Singapura. 

Sebaliknya, Dasar Integrasi Etnik (EIP) adalah teras dasar Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk memastikan penduduk tinggal bersama dalam harmoni, kata Encik Shanmugam. 

“Kami sangat menghargai usaha memastikan estet perumahan kita diurus dengan baik, kerana kami prihatin terhadap rakyat Singapura, dan CMIO adalah teras dasar-dasar tersebut,” tambahnya.

Encik Leong menjelaskan bahawa PSP menyokong EIP, tetapi mempertikaikan kos ekonomi yang dihadapi pemilik rumah daripada kaum minoriti.

Mereka mencadangkan pampasan bagi kos tersebut, dan menegaskan mereka tidak menentang EIP.

“Kami telah mengesyorkan di Parlimen agar kita memberi pampasan kepada golongan minoriti bagi kos ekonomi yang mereka tanggung. Jadi itu sahaja yang kami katakan. Kami sama sekali tidak menentang EIP,” jelas Encik Leong.

Encik Shanmugam pula menjawab: “Saya akur bahawa Encik Leong tidak menafikan bahawa beliau menyatakan bahawa 80 peratus rakyat Singapura yang tinggal di flat HDB dipaksa menghuni, dan komennya itu berunsur perkauman.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg