Shanmugam: Tindakan tegas terhadap rakyat S’pura sertai konflik di luar negara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shanmugam: Tindakan tegas terhadap rakyat S’pura sertai konflik di luar negara

Sistem sekular S’pura bentuk asas bagi lindungi semua agama, kata Encik Shanmugam di majlis buka puasa anjuran RRG, Masjid Khadijah
Feb 23, 2026 | 8:46 PM

Shanmugam: Tindakan tegas terhadap rakyat S’pura sertai konflik di luar negara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Shanmugam, RRG, tindakan tegas, individu yang sertai konflik di luar negara
Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam (barisan pertama, tengah), berkata walaupun Singapura amat prihatin terhadap konflik global dan krisis kemanusiaan, ia tidak membenarkan ketegangan luar negara menghakis kestabilan domestik. - Foto BH oleh KHALID BABA

Singapura akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang ke luar negara untuk menyertai konflik asing, meskipun negara ini terus komited menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada pihak yang memerlukan, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.

Berucap pada majlis berbuka puasa tahunan anjuran Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dengan kerjasama Masjid Khadijah pada 23 Februari, beliau menegaskan bahawa walaupun Singapura amat prihatin terhadap konflik global dan krisis kemanusiaan, ia tidak membenarkan ketegangan luar negara menghakis kestabilan domestik.

“Apa sahaja yang berlaku di luar negara, kita berusaha supaya masalah tersebut tidak dibawa ke sini.

“Mana-mana yang mampu dan sesuai untuk dibantu, kita memberikan bantuan kemanusiaan,” kata Encik Shanmugam.

Beliau menambah, rangka kerja dan undang-undang Singapura tidak membenarkan rakyatnya terlibat dalam sebarang bentuk keganasan atau konflik di luar negara.

“Mereka tidak dibenarkan pergi dan berjuang di luar negara untuk tujuan asing, sama ada bagi negara tertentu atau organisasi seperti ISIS, berperang di Ukraine, Russia, Gaza atau bagi mana-mana pihak yang bertindak bertentangan dengan undang-undang kami, tindakan akan diambil,” tegasnya.

Menurutnya, dari semasa ke semasa timbul dakwaan bahawa terdapat rakyat Singapura yang menyertai pelbagai bentuk perjuangan di luar negara.

“Dengan berita palsu, kita tidak tahu apa yang benar dan apa yang tidak benar.

“Tetapi, apabila ia melibatkan seorang rakyat Singapura dan identitinya dikenal pasti, tindakan akan diambil.

“Jika mereka berada di Singapura, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) akan menahan mereka... dan kita pernah melakukannya sebelum ini,” tambahnya.

Majlis buka puasa tahunan itu turut dihadiri pelbagai pemimpin negara dan agama.

Ini termasuk Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Tenaga Manusia), Encik Dinesh Vasu Dash; mantan Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean; serta Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Pemimpin daripada agama berbeza turut hadir termasuk pemimpin Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, Baha’i, Tao, dan Sikh.

Encik Shanmugam menambah, sistem sekular Singapura membentuk asas yang melindungi semua agama dan memastikan tiada satu agama pun mendapat layanan istimewa.

Namun, di sebalik peraturan dan dasar tersebut, usaha berterusan pemimpin agama dan masyarakat yang membantu mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam dunia yang semakin kompleks, terutamanya di dalam talian.

Beliau menambah bahawa orang ramai akan memberi perhatian apabila para pemimpin membina jambatan merentasi agama dan berkhidmat kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang mereka.

Hal ini amat penting dalam dunia digital masa kini, di mana golongan muda mudah terpengaruh.

Menukil contoh mengenai seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang menjadi radikal sendiri melalui propaganda ekstremis ISIS yang ditemui dalam talian baru-baru ini, Encik Shanmugam berkata, golongan muda seperti ini memerlukan orang dewasa dan mentor yang dipercayai untuk membimbing mereka.

Beliau berkata:

“Pemimpin agama dan masyarakat kita memainkan peranan yang amat penting dengan membantu menetapkan nada keharmonian di Singapura.

“Orang ramai akan memberi perhatian apabila anda menjalin hubungan merentasi agama, bersuara demi perpaduan dan belas ihsan, serta berkhidmat kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang mereka.

“Contoh yang anda tunjukkan memberi kesan yang amat kuat.”

Sesuai dengan itu, Pertubuhan Antara Agama (IRO) dan Harmony Circle, merupakan daya usaha yang sangat bernilai, di mana ia membawa pemimpin dan masyarakat untuk sentiasa bina persefahaman dan persahabatan rentas agama, katanya.

“Apabila timbul cabaran, hubungan ini membolehkan komuniti bertindak dengan tenang, konstruktif, dan saling menyokong antara satu sama lain, bukannya membiarkan salah faham memecahbelahkan kita,” ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg