Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

SIA akan mula penerbangan langsung ke Gatwick, London

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA akan mula penerbangan langsung ke Gatwick, London

Dec 18, 2023 | 08:11 PM



Singapore Airlines (SIA) akan melancarkan khidmat penerbangan langsung sulungnya antara Lapangan Terbang Gatwick di London dengan Singapura pada Jun 2024.

Penerbangan ini akan beroperasi lima kali seminggu menggunakan pesawat Airbus A350-900.

Bersama dengan perkhidmatan empat kali sehari ke Lapangan Terbang Heathrow London, ini akan menaikkan jumlah penerbangan ke ibu negara United Kingdom (UK) itu kepada 33 perkhidmatan mingguan daripada 28 perkhidmatan.

SIA juga mengendalikan perkhidmatan lima kali seminggu ke Lapangan Terbang Manchester.

Mengikut kelulusan kawal selia, penerbangan SQ310 akan beroperasi pada Isnin, Khamis, Jumaat, Sabtu, dan Ahad.

Penerbangan sulung itu akan berlepas dari Singapura ke Lapangan Terbang Gatwick pada 11.55 malam, 21 Jun 2024.

Bagi perjalanan pulang, penerbangan SQ309 akan beroperasi dari Lapangan Terbang Gatwick ke Singapura pada Isnin, Selasa, Jumaat, Sabtu dan Ahad.


Penerbangan pulang sulung akan berlepas pada 10.15 pagi, 22 Jun 2024 dan tiba di Singapura pada 6.20 pagi, pada 23 Jun 2024.


Ketibaan awal pagi menawarkan lebih pilihan kepada pelanggan untuk menyambung ke penerbangan SIA dan Scoot ke destinasi di seluruh Asia Tenggara, Australia dan New Zealand.


Pesawat Airbus A350-900 SIA menawarkan 253 tempat duduk dalam tiga kelas kabin: 42 kelas bisnes, 24 kelas ekonomi premium dan 187 kelas ekonomi.

“Penumpang yang tiba dari Singapura akan mendapat manfaat daripada ketersambungan luar biasa Gatwick di London, dengan stesen kereta api kami yang telah direka semula.

“Ia menyediakan akses langsung ke pusat London dalam masa kurang daripada 30 minit, di samping perkhidmatan ke bandar terkenal seperti Cambridge dan pantai selatan UK yang indah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif London Gatwick, Encik Stewart Wingate.


Penambahan Gatwick meningkatkan bilangan destinasi Eropah dalam rangkaian SIA kepada 14.

Pemangku Naib Presiden Kanan Perancangan Pemasaran, Singapore Airlines, Encik Dai Haoyu, berkata: “London sentiasa menjadi pasaran yang sangat penting untuk Kumpulan SIA.

“Dengan pengenalan perkhidmatan baru ini ke Lapangan Terbang Gatwick di London, pelanggan SIA akan mempunyai pilihan penerbangan tambahan apabila terbang antara Singapura dengan UK. Ia juga membuka pelbagai pilihan perjalanan tambahan ke destinasi lain di Eropah dan rantau Asia-Pasifik.”

Penjualan tiket untuk penerbangan SIA ke Lapangan Terbang Gatwick London akan dilaksanakan secara berperingkat melalui pelbagai saluran pengedaran mulai 19 Disember 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >