Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA jalin kerjasama komersial dengan Riyadh Air

Jun 4, 2024 | 5:56 PM
Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bagi kerjasama baru dengan syarikat penerbangan Arab Saudi, Riyadh Air.
Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bagi kerjasama baru dengan syarikat penerbangan Arab Saudi, Riyadh Air. - Foto REUTERS

Singapore Airlines (SIA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bagi kerjasama baru dengan Riyadh Air dari Arab Saudi.

Riyadh Air adalah sebuah syarikat penerbangan baru yang akan beroperasi secara komersial menjelang 2025.

Di bawah MOU itu, kedua-dua syarikat penerbangan tersebut akan meneroka peluang ketersambungan antara perkhidmatan masing-masing sambil mengusahakan bidang kerjasama komersial seperti pengaturan perkongsian kod, lapor The Business Times.

Bidang lain yang mungkin menyaksikan kerjasama antara SIA dengan Riyadh Air termasuk faedah timbal balik bagi anggota program ‘frequent flyer’ atau penumpang setia, khidmat kargo, pengalaman pelanggan dan inovasi digital sebagai “pendahulu kepada perkongsian strategik jangka panjang yang lebih mendalam”.

Dalam satu kenyataan bersama pada 4 Jun, kedua-dua syarikat penerbangan itu berkata MOU tersebut berpotensi menawarkan pelanggan Riyadh Air akses kepada rangkaian SIA di Asia Tenggara dan rantau Barat Daya Pasifik.

Ia juga akan membolehkan pelanggan SIA mendapat akses yang lebih luas ke rantau Timur Tengah melalui rangkaian Riyadh Air.

Ketua Eksekutif Riyadh Air, Encik Tony Douglas, berkata kerjasama syarikat Saudi dengan SIA akan bermula dengan perjanjian perkongsian kod yang meluas dan dijangka merangkumi “pelbagai bidang”, termasuk digital dan teknologi, kesetiaan dan kargo.

Menyifatkannya sebagai perkongsian strategik dengan manfaat bersama, Ketua Eksekutif SIA, Encik Goh Choon Phong, berkata aturan itu akan membolehkan kumpulan tersebut menawarkan lebih banyak pilihan, sambungan lebih baik dan faedah lebih besar kepada pelanggannya.

“Bersama, kita boleh memudahkan pertumbuhan perjalanan penumpang antara Arab Saudi dengan Singapura, dan seterusnya, melalui rangkaian masing-masing, menyokong hubungan pelancongan dan perniagaan,” kata Encik Goh.

“MOU itu juga akan membolehkan kami mencari cara untuk bekerjasama bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan perkhidmatan kargo serta memanfaatkan peralatan dan penyelesaian digital, yang berpotensi membawa manfaat lebih besar kepada kedua-dua syarikat penerbangan pada masa hadapan.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg