Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA, Garuda jalin kerjasama bagi program penumpang setia 

May 21, 2024 | 4:46 PM
SIA dan Garuda Indonesia juga memeterai satu perjanjian perkongsian pendapatan, yang akan menyokong pertumbuhan kapasiti bersama, apabila ia dilaksanakan.
SIA dan Garuda Indonesia juga memeterai satu perjanjian perkongsian pendapatan, yang akan menyokong pertumbuhan kapasiti bersama, apabila ia dilaksanakan. - Foto-foto ST

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan Garuda Indonesia menandatangani satu perjanjian pada 20 Mei untuk meneroka aturan perkongsian pendapatan bagi penerbangan antara Indonesia dengan Singapura.

Kededua syarikat itu juga akan menjalin kerjasama dalam program ganjaran bagi penumpang setia masing-masing.

Dalam satu kenyataan media bersama, kededua syarikat menyatakan bahawa apabila dilancarkan kelak, kerjasama dalam program ganjaran bagi penumpang setia itu akan membolehkan anggota GarudaMiles dan KrisFlyer meraih dan menebus mata ganjaran dalam penerbangan perkongsian kod, kendalian dua syarikat tersebut.

SIA dan Garuda Indonesia juga memeterai satu perjanjian perkongsian pendapatan, yang akan menyokong pertumbuhan kapasiti bersama, apabila ia dilaksanakan.

Ia menyatakan bahawa ini menandakan “satu langkah penting” ke arah rancangan melaksanakan cadangan perjanjian usaha sama komersial melibatkan penerbangan Garuda dan SIA antara Singapura dengan Indonesia, lapor The Business Times (BT).

SIA memulakan program KrisFlyer sebagai tanda menghargai penumpang setia yang menjadi anggota program tersebut.

Penumpang mengumpul mata perjalanan KrisFlyer apabila menaiki penerbangan SIA atau syarikat penerbangan rakan kongsinya.

Pada 2023, SIA dan Garuda mengumumkan rancangan mengadakan satu perjanjian usaha sama yang akan meningkatkan kapasiti penumpang antara Singapura dengan Indonesia.

Tertakluk kepada kelulusan pihak pengawal selia, cadangan usaha sama tersebut meliputi laluan antara Singapura dengan Denpasar, Jakarta, dan Surabaya, menurut kededua syarikat penerbangan itu sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIA, Encik Goh Choon Phong, berkata kerjasama dengan Garuda akan memperbaiki kesalinghubungan antara Indonesia dengan Singapura.

“Ini akan membantu memenuhi permintaan kian meningkat bagi perjalanan udara antara dua negara ini dan yang melepasi (sempadan ini), serta meningkatkan kegiatan pelancongan dan ekonomi,” katanya.

“Selain itu, dengan memperdalam sinergi antara program penumpang setia masing-masing, kami boleh menambah faedah untuk pelanggan setia kami, menawarkan mereka lebih banyak peluang untuk meraih dan menebus (ganjaran) mata apabila melakukan penerbangan dengan dua syarikat penerbangan ini.”

Pelanggan yang mengumpul mata ganjaran KrisFlyer Miles menikmati pelbagai keistimewaan, contohnya, menggunakan mata yang terkumpul untuk peningkatan kelas penerbangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg