Singapore Airlines (SIA), anak syarikat penerbangan tambang rendah, Scoot dan Cathay Pacific, telah membatalkan penerbangan yang menuju ke Hong Kong mahupun berlepas dari negara itu, di kala Taufan Super Ragasa, menghampiri bandar tersebut.
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong bahkan dijangka akan ditutup selama 36 jam dari 8 malam pada 23 September hingga 8 pagi pada 25 September.
Demikian menurut kenyataan syarikat penerbangan Qantas pada 22 September, lapor The Straits Times (ST).
Menurut laman web Lapangan Terbang Changi, SIA juga telah membatalkan penerbangan menuju ke dan berlepas dari lapangan terbang di selatan China pada 23 dan 24 September, selain Hong Kong.
Laman web itu menunjukkan penerbangan SIA ke Hong Kong dari Lapangan Terbang Changi yang dijadualkan pada 23 September, SQ898, telah dibatalkan.
Lima lagi penerbangan SIA dari Singapura ke Hong Kong pada 24 September turut dibatalkan iaitu SQ874, SQ882, SQ892, SQ894 dan SQ898.
Lima penerbangan SIA dari Hong Kong ke Singapura pada 24 September yang juga terjejas ekoran pembatalan tersebut ialah SQ899, SQ875, SQ883, SQ893 dan SQ895.
Scoot berkata enam penerbangan yang dijadualkan pada 23 dan 24 September dibatalkan sehingga 22 September.
Penerbangan lain yang terjejas ialah:
Scoot turut memohon maaf kepada penumpang yang terjejas di atas kesulitan tersebut dan mengatakan bahawa syarikat penerbangan itu akan menghubungi penumpang yang terkesan mengenai aturan alternatif.
Penumpang yang terjejas ujar Scoot, boleh meminta bayaran balik penuh jika mereka memilih untuk tidak meneruskan perjalanan mereka.
Tiga penerbangan Cathay Pacific, CX734, CX716 dan CX636, yang dijadual berlepas dari Singapura ke Hong Kong pada 23 September turut dibatalkan.
Satu lagi penerbangan Cathay Pacific, CX715, yang dijadual berlepas dari Hong Kong ke Singapura pada 23 September juga terjejas.
Semua penerbangan Cathay Pacific, antara Singapura dengan Hong Kong, pada 24 September telah dibatalkan.
China Airlines turut membatalkan penerbangan menuju ke dan berlepas dari Taiwan yang dijadual pada 23 September.
Taufan Super Ragasa bermula dari utara Filipina dengan angin kuat yang menumbangkan pokok dan hujan lebat pada 22 September.
Ia semakin kuat semasa bergerak ke arah China selatan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg