Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

SIA, Scoot henti terbang di udara Iran dek konflik Timur Tengah meningkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA, Scoot henti terbang di udara Iran dek konflik Timur Tengah meningkat

Apr 14, 2024 | 01:20 PM



Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan tambang murah Scoot tidak lagi terbang di ruang udara Iran, selepas Teheran melancarkan serangan langsung pertamanya ke Israel pada 13 April.

Tentera Israel berkata Iran melancarkan lebih 200 dron dan peluru berpandu ke Tel Aviv sejak 13 April.

Jurucakap SIA berkata sebagai langkah berjaga-jaga, SIA dan Scoot menggunakan laluan penerbangan alternatif sejak 1 tengah hari waktu Singapura pada 13 April.

SIA Group berkata yang menjadi keutamaan adalah keselamatan pelanggan dan kakitangannya.

“Kami memantau dengan teliti keadaan di Timur Tengah, dan kami akan menyesuaikan laluan penerbangan kami mengikut keperluan,” kata jurucakap itu kepada The Straits Times.


Serangan dron itu menyusuli ikrar Iran akan membalas serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik, Syria, pada 1 April, yang membunuh tujuh anggota Pengawal Revolusi elitnya, termasuk dua jeneral.

Israel tidak menafikan mahupun mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.

Pada 10 April, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, berkata Israel akan dihukum bagi serangan itu.

Pada 12 April, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, memberi amaran kepada Iran agar tidak melancar serangan dan menjanjikan sokongan kukuh Washington bagi Israel.

Selepas serangan pada 13 April, wakil Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan bahawa serangan itu kini “dianggap sudah selesai”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >