Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran lancar peluru berpandu, dron ke atas Israel

Israel dikatakan jaya pintas sebahagian besar peluru berpandu dan dron, ditembak jatuh luar wilayah Israel
Apr 14, 2024 | 02:15 PM



BAITULMAKDIS: Iran melancarkan lebih 200 dron senjata dan peluru berpandu terhadap Israel pada lewat malam 13 April.


Ini merupakan serangan langsung Iran yang pertama ke wilayah Israel dan mengancam meningkatkan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah, sedang Amerika Syarikat menyatakan sokongan kuatnya kepada Israel.

Kumpulan wartawan di Israel melaporkan siren amaran dibunyikan.

Bagaimanapun, Israel dikatakan berjaya memintas sebahagian besar peluru berpandu dan dron, yang ditembak jatuh di luar wilayah Israel.

Perkhidmatan ambulans menyatakan seorang budak lelaki berusia 10 tahun cedera parah dalam serangan tersebut.

Tentera Israel menyatakan lebih 100 dron dilancarkan dari Iran, dengan sumber keselamatan di Iraq dan Jordan melaporkan bahawa berpuluh-puluh dron dilihat terbang di angkasa.

Pegawai Amerika berkata tentera Amerika telah menembak jatuh sebilangan dron tersebut.

Stesen penyiaran Saluran 12 Israel memetik seorang pegawai Israel yang memberitahu bahawa Israel akan melancarkan “tindak balas yang ketara” menyusuli serangan itu.


Jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda, Daniel Hagari, berkata Iran melancarkan berpuluh-puluh peluru berpandu darat ke darat ke atas Israel.

Namun, sebahagian besarnya dipintas di luar sempadan Israel, termasuk lebih 10 peluru berpandu, katanya.

Menurutnya, Iran melancarkan lebih 200 dron dan peluru berpandu setakat ini yang menyebabkan sedikit kerosakan kepada kemudahan tentera Israel.

Beliau berkata pertempuran itu belum berakhir, dan tentera Israel masih memintas dron dan peluru berpandu dari Iran.

Iran berikrar membalas dendam bagi serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang mengorbankan tujuh pegawai Pengawal Revolusi Iran (IRG), termasuk dua komander kanannya.

Israel tidak mengesahkan mahupun menafikan bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

“Sekiranya rejim Israel membuat kesilapan lagi, tindak balas Iran akan menjadi lebih teruk,” ujar misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta memberi amaran kepada Amerika supaya “usah campur tangan” serta menganggap “perkara itu selesai”.

Israel berkata ia meminta Majlis Keselamatan PBB supaya mengadakan mesyuarat kecemasan untuk mengutuk serangan Iran itu dan menamakan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) sebagai pertubuhan pengganas.

“Serangan Iran adalah ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan dunia dan saya mahu Majlis Keselamatan ini menggunakan apa jua cara untuk mengambil tindakan konkrit terhadap Iran,” kata Duta Besar Israel ke PBB, Encik Gilad Erdan, dalam satu hantaran di media sosial X.

Mesyuarat tersebut dijangka diadakan pada 4 petang waktu New York pada 14 April (4 pagi, waktu Singapura pada 15 April).

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, telah memberi amaran kepada Iran supaya tidak menyerang Israel.

Beliau turut memendekkan lawatan ke negeri asalnya Delaware untuk bertemu penasihat keselamatan Amerika di Rumah Putih, kata seorang pegawai.

Beliau menyatakan sokongan kuat terhadap Israel.

Syarikat keselamatan maritim Britain, Ambrey memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa dron turut dilaporkan dilancarkan terhadap Israel oleh kumpulan Houthi di Yaman yang bersekutu dengan Iran.

Sekutu utama Iran di rantau itu, kumpulan Syiah, Hezbollah dari Lebanon yang berbalas serangan dengan Israel sejak konflik di Gaza bermula pada 7 Oktober, menyatakan pada 14 April bahawa ia telah melancarkan serangan roket ke pangkalan Israel. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >