Dapatkan tiket mesra dompet daripada Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan tambang murahnya, Scoot, mulai 25 Oktober untuk kembara ke Eropah dan Asia.
Lebih 420,000 tiket diskaun akan tersedia dalam talian dan pada pameran tiga hari di Suntec, kata kededua syarikat penerbangan itu pada 9 Oktober dalam satu kenyataan bersama mengenai pameran pelancongan terbesar mereka.
Diskaun akan diberi bagi penerbangan terpilih Scoot dari November hingga Oktober 2025, serta penerbangan SIA dari Januari hingga September 2025.
Antara tiket diskaun yang ditawarkan oleh SIA dari Singapura ke 78 destinasi global ialah destinasi baru syarikat penerbangan itu ke Brussels dan Lapangan Terbang London Gatwick, serta perkhidmatan akan datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing di Beijing.
Lebih 200,000 tiket kelas perniagaan, kelas ekonomi premium dan tiket pergi balik kelas ekonomi akan disediakan daripada syarikat penerbangan utama.
Diskaun Scoot akan meliputi penerbangan merentasi rantau Asia-Pasifik dan Eropah, termasuk destinasi baru Kertajati di Indonesia, Koh Samui di Thailand dan Melaka di Malaysia.
Ini akan ditawarkan kepada 220,000 tiket ekonomi sehala dan tiket ScootPlus ke 57 destinasi di seluruh rangkaiannya.
Jualan dalam talian akan berlangsung sehingga 7 November di laman web dan aplikasi mudah alih SIA dan Scoot, serta melalui ejen pelancongan yang dilantik.
Pameran fizikal tiga hari akan diadakan 25-27 Oktober di Suntec Singapore Convention and Exhibition Centre, Dewan 401 dan 402, yang menampilkan tiket diskaun dan tawaran pelancongan eksklusif daripada ejen pelancongan dan rakan kongsi yang mengambil bahagian.
Pengunjung pameran fizikal boleh menyertai cabutan bertuah untuk tiga pasang tiket pergi balik kelas perniagaan SIA, dengan penginapan hotel, ke Hong Kong, Shanghai dan Istanbul. Hadiah lain termasuk tiket kelas perniagaan SIA pergi balik dengan penginapan hotel di Bangkok, Male dan Phuket, serta baucar Scoot bernilai sehingga $5,000.
Sementara itu, pelanggan dengan belanja tertinggi aplikasi ganjaran gaya hidup syarikat penerbangan Kris+ akan memenangi percutian empat hari tiga malam ke Maldives.
KrisShop akan menawarkan barangan baru untuk dijual, termasuk “watak misteri baru” edisi terhad.
Maklumat lanjut tentang promosi dan pameran pelancongan SIA akan tersedia di laman web. Tawaran perjalanan Scoot boleh didapati di laman webnya mulai 25 Oktober.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg