Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

7 cedera penerbangan Scoot S’pura-Guangzhou dilanda gelora udara

Sep 7, 2024 | 3:54 PM
Scoot berkata penerbangan itu mengalami gelora udara sedang ia menghampiri Guangzhou, China.
Scoot berkata penerbangan itu mengalami gelora udara sedang ia menghampiri Guangzhou, China. - Foto ST

Tujuh orang cedera apabila penerbangan Scoot dari Singapura ke bandar Guangzhou di China mengalami gelora udara pada pagi 6 September.

Seorang penumpang telah dibawa ke hospital.

Menjawab pertanyaan media, Scoot berkata penerbangan itu mengalami gelora udara sedang ia menghampiri Guangzhou, sambil menambah pesawat Boeing 787-9 Dreamliner itu mendarat sekitar 9.10 pagi waktu setempat.

Menurut laman pengesan penerbangan FlightRadar24, penerbangan TR100 berlepas dari Singapura sekitar 5.45 pagi.

“Kami mengesahkan bahawa empat penumpang dan tiga kru pesawat menerima bantuan perubatan sejurus tiba di Guangzhou.

“Hingga 6 September, 8.30 pagi waktu setempat, seorang penumpang telah dimasukkan ke hospital bagi pemerhatian lanjut,” kata Scoot.

Scoot berkata keutamaannya adalah kebajikan penumpang dan kru kabinnya dan ia akan menghulurkan segala sokongan dan bantuan yang diperlukan.

Scoot tidak menjelaskan secara terperinci jumlah penumpang dan anak kapal dalam penerbangan itu.

Gelora udara cerah atau ‘clear air turbulence’ berlaku apabila pesawat itu sedang turun menghampiri Guangzhou ketika ia berada di ketinggian sekitar 20,000 kaki.

Data kemudian menunjukkan pesawat kembali ke ketinggian dan kelajuan asalnya.

Sementara itu pada 5 September, penerbangan Turkish Airlines yang berlepas dari Istanbul ke Taipei mengalami gelora udara yang teruk, lapor akhbar The Mirror.

Dua daripada 17 kru penerbangan dan lima daripada 214 penumpang cedera. 

Dua orang dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian berasingan, seorang penumpang telah dibawa ke hospital selepas penerbangan United Airlines dari Mexico terpaksa dilencongkan ke Memphis, Tennessee, disebabkan gelora udara teruk pada 28 Ogos, menurut saluran media NBC News.

 Ia pada asalnya menuju ke Chicago.

Laporan BBC pada Mei memetik kajian 2024 yang mengatakan bahawa pesawat menghadapi kejadian gelora udara “sederhana hingga teruk atau lebih teruk” sebanyak 68,000 kali setiap tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg