Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Siasatan rasuah Iswaran beri ‘kesan besar’ kepada GRC West Coast: Desmond

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan rasuah Iswaran beri ‘kesan besar’ kepada GRC West Coast: Desmond

Jan 08, 2024 | 03:22 PM



Siasatan rasuah terhadap Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, adalah “perkembangan yang sangat membimbangkan” dan telah memberi kesan besar kepada GRC West Coast, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Walaupun begitu, barisan Anggota Parlimen (AP) di GRC West Coast sedang berusaha untuk melibatkan penduduk dan menangani isu-isu mendesak seperti kos sara hidup dan ketidaksamaan, kata Encik Lee dalam temu bual bersama wartawan The Straits Times dan Lianhe Zaobao.


“Sejak (berita itu tersebar) pada Julai 2023, kami telah menyatukan pasukan dan memberi dorongan kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh semangat dan dedikasi,” kata Encik Lee, yang merupakan AP bagi kawasan undi Boon Lay – yang merupakan salah satu daripada lima kawasan undi dalam GRC West Coast, yang turut merangkumi West Coast, Ayer Rajah-Gek Poh, Nanyang dan Telok Blangah.

Encik Iswaran – AP West Coast – telah ditahan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada 11 Julai 2023 dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Dia diarahkan menjalani cuti ketidakhadiran dan gaji bulanannya dikurangkan kepada $8,500 sebulan sehingga diberitahu kelak, tetapi masih menerima elaun AP.

Apabila ditanya jika insiden itu masih menjejas GRC-nya, Encik Lee berkata insiden itu “mempunyai kesan besar”, namun beliau tidak menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut.

CPIB enggan memberikan maklumat terkini mengenai siasatan itu.

Mengulas mengenai penyerahan kepimpinan negara yang akan datang, Encik Lee berkata:

“Saya secara peribadi melihat peralihan ini sebagai sesuatu yang baik untuk Singapura. Penting untuk ada kepimpinan yang baru dan (saya) yakin ia akan menjadi kesinambungan dan bukannya gangguan dan reformasi.”

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dijangka mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menjelang ulang tahun ke-70 Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada November ini.

Beliau akan mengetuai parti pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan sebelum November 2025.

Encik Lee, yang merupakan sebahagian daripada pasukan kepimpinan generasi keempat (4G) PAP, berkata beliau sedang bekerjasama rapat dengan AP-nya untuk menyokong dan melaksanakan keutamaan dasar pemerintah yang berpunca daripada latihan Melakar Hala Tuju Singapura, atau Forward Singapore, seperti membantu warga emas menjalani usia tua mereka dengan baik.


Beliau berharap agar rakyat Singapura akan menyokong peralihan kepimpinan, yang akan memberi pasukan 4G “mandat untuk membawa kami ke masa depan, terutamanya pada masa yang sangat mencabar untuk dunia dan Singapura”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >