Topik diikuti
Pergi ke BHkuSiasatan dibuka terhadap paparan bendera Palestin semasa konsert Massive Attack
Siasatan dibuka terhadap paparan bendera Palestin semasa konsert Massive Attack
Siasatan dibuka terhadap paparan bendera Palestin semasa konsert Massive Attack
Pihak berkuasa di sini telah membuka siasatan selepas kumpulan trip-hop Britain, Massive Attack, mempamerkan bendera Palestin semasa konsert mereka pada 29 Julai.
Menjawab pertanyaan media, polis berkata laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) turut memaklumkan bahawa mereka sedang menyiasat kemungkinan berlakunya pelanggaran syarat lesen.
Penganjur konsert, Lushington, berkata pihaknya maklum mengenai laporan berkaitan konsert Massive Attack yang diadakan di The Star Theatre.
“Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan sebagaimana diperlukan,” katanya sambil menambah bahawa persembahan pada 29 Julai itu merupakan satu-satunya konsert yang dijadualkan di Singapura dalam siri persembahan kumpulan tersebut.
Video konsert yang dimuat naik di Reddit menunjukkan dua anggota kumpulan itu memegang bendera Palestin di atas pentas, disambut sorakan penonton.
Singapura tidak membenarkan pemaparan awam lambang kebangsaan negara asing tanpa permit atau pengecualian. Pesalah boleh didenda sehingga $500, dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.