Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Silap HR: Pampasan $10j akan dibayar kepada 3,000 staf awam

Nov 19, 2020 | 5:30 AM
c7ad7cca-0b0e-49be-b45a-ab21fa25a73d
-

PAMPASAN sekitar $10 juta akan dibayar kepada kira-kira 3,000 penjawat awam dahulu dan sekarang selepas Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) menemui kesilapan dalam rekod sumber manusia (HR) selama bertahun-tahun lamanya.

Ini menyebabkan mereka menerima bayaran kurang daripada yang sepatutnya diterima.

PSD dalam kenyataannya semalam berkata mereka menemui kesilapan tersebut semasa menjalankan proses peningkatan sistem teknologi maklumat (IT) senarai gaji dan HR.

Kesilapan itu terutamanya berlaku disebabkan kesilapan manusia dalam kemasukan data dan pengekodan sistem IT senarai gaji dan HR. Selain itu, sistem IT itu juga mempunyai keupayaan pengesanan kesilapan yang tidak mencukupi.

Sebahagian besar kesilapan itu adalah berkaitan dengan ketidaktepatan rekod tempoh Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa penjawat awam lelaki.

Setiausaha Tetap PSD, Encik Loh Khum Yean, berkata Perkhidmatan Awam sangat menyesal atas kesilapan dan kesusahan yang berlaku.

"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mendekati setiap individu yang terjejas untuk meminta maaf atas kesilapan itu, menjelaskan keadaan, dan juga memperbaiki percanggahan tersebut," kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg