Sebuah audio ujian berkaitan Ramadan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) diedarkan lebih awal kerana satu kesilapan teknikal dalam sistem pengurusan kandungan majlis itu.
Sistem itu sedang dibangunkan untuk tujuan semakan dalaman sahaja, jelas Muis dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 28 Februari.
Lantas, Muis memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat penyebaran awal yang tidak diingini itu.
“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang disebabkan oleh penyebaran yang tidak diingini ini.
“Audio tersebut adalah versi ujian yang dimaksudkan untuk penilaian dalaman dan tidak sepatutnya diedarkan lebih lanjut.
“Pasukan kami sedang menangani kelemahan sistem yang menyebabkan kesilapan ini dan sedang melaksanakan perlindungan bagi mengelakkan kejadian serupa,” ujar Muis.
Muis turut meminta media dan individu agar mengelak daripada menyebarkan kandungan tersebut.
“Kami menghargai pemahaman dan kerjasama anda,” tambahnya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg