Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Simposium bahasa ibunda kembali lagi pada 14 Sep

Tampil 45 reruai pameran, 45 sesi perkongsian serta bengkel interaktif di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec
Aug 14, 2024 | 4:55 PM


Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing (kiri) berkunjung ke reruai Penerbitan Pelajar SPH Media di Simposium Bahasa Ibunda (MTLS) ke-12 yang diadakan di Pusat Konvensyen Suntec City pada 2023. Bersama beliau ialah Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (tiga dari kiri).
Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing (kiri) berkunjung ke reruai Penerbitan Pelajar SPH Media di Simposium Bahasa Ibunda (MTLS) ke-12 yang diadakan di Pusat Konvensyen Suntec City pada 2023. Bersama beliau ialah Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (tiga dari kiri). - Foto fail

Simposium Bahasa Ibunda (MTLS) 2024 ke-13 bakal diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura, pada 14 September.

Bertemakan ‘Bahasa Ibunda Kita sebagai Bahasa Hidup’, MTLS ke-13 berusaha menggalakkan peserta daripada prasekolah, sekolah rendah dan menengah supaya menggunakan bahasa ibunda mereka dalam kehidupan harian.

Dengan matlamat sedemikan, simposium tersebut menampilkan senario-senario kehidupan sebenar menerusi empat wira masyarakat – peniaga, anggota bomba, anggota penyelamat dan kapten bas – untuk memberi peluang kepada peserta berinteraksi dalam bahasa ibunda masing-masing.

Di samping itu, peserta dan ibu bapa boleh menjangkakan sebanyak 45 reruai pameran dan 45 sesi perkongsian serta bengkel interaktif, yang menampilkan cara menggalakkan literasi dan penghargaan bahasa ibunda, kesemuanya dikendalikan oleh ahli akademik, pendidik, pakar kurikulum dan personaliti media. 

Antara bengkel yang diadakan bakal dikendalikan DJ Mediacorp dan penulis, Hafeez Glamour.

Beliau akan berkongsi ilmu tentang cara menggunakan anekdot, lagu dan permainan tradisional dalam menyokong pembelajaran bahasa dan budaya Melayu.

Pakar kurikulum dan guru daripada Kementerian Pendidikan (MOE) akan berkongsi tentang kurikulum bahasa ibunda, dan bagaimana teknologi pendidikan boleh diserapkan ke dalam pembelajaran bahasa ibunda.

Bagi sesi perkongsian, antara penceramahnya ialah Pakar Utama, Bahasa Melayu MOE, Cik Salha Mohamed Hussain; Sumber Kurikulum Pegawai Pembangunan MOE, Cik Raihanah Mohamed dan Pustakawan (Bahasa Melayu) Perancangan Koleksi dan Pembangunan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Encik Muhammed Shahril Shaik Abdullah. 

Simposium itu dianjurkan oleh Pusat MOE dan tiga jawatankuasa penggalakan Bahasa Ibunda. 

Mereka yang berminat menyertai sesi perkongsian dan bengkel boleh mendaftar menerusi laman web www.mtls.edu.sg mulai 13 Ogos.

Pendaftaran bagi kemasukan acara pula boleh dibuat menerusi laman yang sama, mulai 20 Ogos. 

Ibu bapa yang ingin mendapatkan kemas kini mengenai acara ini, boleh mengikuti MTLS 2024 di Facebook, Instagram dan LinkedIn.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg