Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sindiket pengemis asing di Yishun buat penduduk bimbang

Sep 17, 2024 | 3:47 PM
Lelaki yang didakwa mengemis (tengah) tenang apabila disoal siasat polis.
Lelaki yang didakwa mengemis (tengah) tenang apabila disoal siasat polis. - Foto FAIL

Satu insiden baru-baru ini di Yishun telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tentang potensi “sindiket pengemis asing” yang beroperasi di kawasan itu.

Pada 13 September, seorang lelaki kurang upaya yang menjual kertas tisu di sekitar Blok 846 Yishun Ring Road telah ditahan polis, lapor akhbar Shin Min Daily News.

“Lelaki itu tidak mempunyai lengan kiri dan lengan bawah kanannya juga tiada,” kata Encik Deng, seorang penduduk.

“Beliau sedang duduk dan menjual tisu, di sebelah sebuah kedai apabila seorang wanita menghubungi polis.”

Lelaki berusia 78 tahun itu berkata, wanita itu menghubungi polis kerana kasihan dengan lelaki itu dan berharap mereka dapat membantunya.

Bagaimanapun, lelaki itu tenang apabila anggota polis membawanya pergi.

Pemilik kedai berkata, apabila polis tiba, mereka menggeledah beg galas lelaki itu untuk mendapatkan pasport dan mendapati beliau bukan warga tempatan.

Lelaki itu dilaporkan pertama kali dilihat dalam kawasan itu kira-kira dua minggu lalu.

Beliau tidak bercakap dengan sesiapa di kawasan itu tetapi porang ramai akan memberinya wang. Ada juga yang tidak mengambil kertas tisu yang dijualnya. Beliau juga diperhatikan pernah menerima wang kertas $50.

Penduduk lain melaporkan melihat sekurang-kurangnya dua penjual tisu orang kurang upaya lain di sekitar kawasna itu, mencetuskan lagi kebimbangan tentang kemungkinan operasi yang teratur dan potensi kesannya terhadap daerah kejiranan itu.

Seorang penduduk, yang enggan namanya didedahkan,mendakwa telah melihat tiga peniaga tisu orang kurang upaya di kawasan itu sejak sebulan lalu, terutamanya pada hujung minggu sekitar enam atau tujuh pagi.

“Selain yang ditahan polis, saya melihat seorang lagi lelaki kurang upaya menjual kertas tisu berhampiran beberapa minggu lalu,” kata penduduk.

“Jika mereka beroperasi sebagai sindiket dan mengambil kesempatan atas kebaikan orang ramai, itu adalah satu kesalahan” katanya lagi.

Insiden itu berlaku hanya seminggu selepas kejadian serupa di Johor, Malaysia, di mana Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pengemis jalanan melibatkan enam warga China, kesemuanya orang kurang upaya.

Siasatan awal mendedahkan bahawa setiap pengemis memperoleh antara RM2,400 (S$723.40) dan RM12,000 sebulan, dan mereka juga dilaporkan menerima insentif bulanan sehingga RM1,200.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg