Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Singapura elak ‘berfikir secara magik’, persiap lebih awal bagi Belanjawan: Presiden Tharman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura elak ‘berfikir secara magik’, persiap lebih awal bagi Belanjawan: Presiden Tharman

Mar 22, 2024 | 09:35 PM



Singapura telah mengelakkan apa yang dilakukan banyak negara, iaitu berbelanja sebelum mereka mempunyai wang, kemudian berharap pendapatan akan bertambah secukupnya untuk membayar hutang pemerintah pada kadar yang tidak mampan, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam pada 22 Mac.

“Terdapat sesuatu yang luar biasa mengenai Belanjawan Singapura setiap tahun – sesuatu yang menjadi agak luar biasa dalam kalangan negara-negara antarabangsa. Kami elak daripada berfikir secara magik.” tambahnya.

Berfikir secara magik biasanya berakhir secara tidak gembira. Ia memberikan generasi akan datang satu perjanjian kasar, sedang pemerintah akhirnya perlu berhadapan dengan realiti, kata beliau.

“Generasi akan datang akan ketinggalan sedang perbelanjaan pemerintah dipotong, atau kemudahan awam yang kritikal ditiadakan, atau mereka perlu bayar cukai lebih tinggi berbanding hari ini,” tambahnya.

Tuan Presiden membuat kenyataan itu menerusi video semasa memberikan kelulusannya kepada rancangan Belanjawan pemerintah untuk 2024 bermula 1 April.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, membentangkan pada 16 Februari kenyataan Belanjawan 2024 berjumlah $131.4 bilion yang merangkumi respons kepada cabaran segera seperti tekanan kos sara hidup serta matlamat jangka panjang pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan lebih baik.

Dalam video yang disiarkan menerusi Facebook beliau pada 22 Mac itu, Tuan Presiden berkata pemerintah di hampir setiap negara akan perlu belanja lebih dalam tahun-tahun mendatang.

“Seperti belanja lebih ke atas penjagaan kesihatan sedang penduduk kian menua. Dan melabur dalam tenaga hijau, dan memastikan kita dapat tangani perubahan iklim.

“Tapi apa yang luar biasa di Singapura adalah kita persiapkan perbelanjaan ini lebih awal, dan memastikan yang kami dapat biayanya,” ujar beliau.

Justeru apabila Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong dan Kementerian Kewangan (MOF) memberi taklimat kepada beliau dan Majlis Penasihat Presiden awal bulan ini mengenai keutamaan pemerintah, mereka memberi perhatian utama kepada kemampanan kewangan rancangan-rancangan tersebut, kata Tuan Presiden.

“Ia tentang bagaimana kami memastikan yang kami tidak akan menggunakan rizab, melainkan dalam krisis luar biasa melanda Singapura.

“Dan agar kami kekal adil, kepada generasi hari ini dan kepada generasi cucu-cucu kami. Dan kepada cucu-cucu mereka juga,” ujar Tuan Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >