Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Singtel bangun pusat data mampan demi sokong guna pakai AI

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singtel bangun pusat data mampan demi sokong guna pakai AI

Dec 05, 2023 | 04:00 PM



Singtel sedang membangunkan pusat data kecerdasan buatan (AI) generasi baru dengan ketumpatan kuasa tinggi dan ciri mampan.

Pusat data di Tuas yang sedang dibina akan menjadi yang pertama daripada pusat data generasi keempat yang disesuaikan bagi persekitaran pengiraan yang sengit, lapor The Business Times.


Pusat-pusat itu boleh mengendalikan beban kerja AI yang mempunyai kepadatan kuasa lebih tinggi dengan penumpuan unit pemproses grafik (GPU), kata Singtel pada 5 Disember.

GPU, yang pada asalnya direka untuk memproses imej dan data visual, kini merupakan aplikasi kritikal untuk meningkatkan proses menangani data besar, dan berguna dalam bidang seperti pembelajaran mesin dan pengeluaran kreatif.

Namun, GPU menggunakan tenaga yang tinggi dan menghasilkan haba.

“Pusat data Tuas direka untuk mengurangkan kesan karbon melalui penggunaan bahan terbenam rendah karbon dalam pembinaan, sambil memacu kecekapan tenaga yang lebih besar dengan menggabungkan keupayaan penyejukan cecair,” kata Encik Bill Chang, ketua pegawai eksekutif unit InfraCo digital Singtel.

Pusat data generasi keempat akan menggunakan penyelesaian penyejukan yang lebih cekap untuk mengelakkan GPU daripada menjadi terlampau panas, kata Singtel.

Encik Chang menambah bahawa pusat data Tuas yang menawarkan kapasiti 58 megawatt, yang terbesar dalam kalangan pusat data Singtel sedia ada, akan menjadi antara yang paling cekap dalam industri tersebut.

“Kami juga sedang berusaha untuk mengalihkan tenaga pusat data kami dengan sumber hijau dan boleh diperbaharui untuk mengurangkan kesan karbon keseluruhan,” kata beliau.

Selain pusat data Tuas, Singtel juga sedang membangunkan dua lagi projek pusat data generasi keempat di Thailand dan Indonesia.

Ini akan meningkatkan jumlah kapasiti Singtel melebihi 200 megawatt, daripada kapasiti operasi semasanya sebanyak 62 megawatt di Singapura.

Pusat data itu juga akan menyediakan keperluan AI perusahaan melalui penyambungan kluster AI kepada peranti pintar, seperti sistem autonomi, tambah Singtel.

“Dalam pusat data AI ini, kami akan menawarkan pelbagai perkhidmatan teras termasuk perkhidmatan ko-lokasi awan (cloud co-location), perkhidmatan pengehosan terurus dan nilai tambah GPU-sebagai-Perkhidmatan (GPUaaS),” kata Encik Chang.


Perusahaan boleh memanfaatkan GPUaaS untuk mempercepatkan pembangunan AI generatif, model bahasa besar dan beban kerja AI lain tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan modal yang tinggi dalam memperoleh ruang AI pusat data dan GPU, kata Singtel.

Saiz pasaran GPUaaS global dijangka meningkat kepada AS$25.53 bilion ($34.2 bilion) menjelang 2030 daripada AS$3.16 bilion pada 2023, manakala pasaran Asia-Pasifik boleh menyaksikan kadar pertumbuhan tertinggi dalam tempoh ini, memandangkan minat yang tinggi dalam AI di rantau ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >