Rakyat Singapura seharusnya tidak terlalu obses dengan sekolah mana yang mereka pergi dan gred yang mereka perolehi, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.
Sebaliknya, beliau menambah bahawa apa yang lebih penting adalah menyemai rasa ingin tahu dan keinginan untuk terus belajar.
“Jika setiap orang mempunyai keinginan untuk memperbaiki dan terus belajar, mereka akan berada dalam kedudukan yang baik pada masa hadapan,” kata Encik Wong.
Demikian antara sebahagian daripada anekdot yang dikongsi oleh Encik Wong dalam episod pertama, Let’s Begin: The Forward SG Story, siri dokumentari maya lima bahagian di YouTube yang mengisahkan usaha di sebalik Melakar Hala Tuju Singapura atau Forward SG selama 18 bulan.
Siri tersebut, yang dihasilkan oleh agensi kreatif DSTNCT Pte Ltd dengan kerjasama Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), membawa penonton ke lapangan dan di belakang tabir bersama Encik Wong dan anggota Kabinet yang membentuk sebahagian daripada pasukan pemimpin generasi keempat (4G) pemerintah.
Ini termasuk rakaman dekat dan temu bual luar dengan pemegang jawatan politik dalam pelbagai situasi dan lokasi – di pejabat mereka, di antara sesi bersama penduduk, dalam perjalanan dan semasa berada di dalam trafik.
Menerusi temu bual berjalan dan bercakap, dan di dalam kereta, Encik Wong dan pasukan 4G berkongsi pandangan jujur mereka tentang keseluruhan latihan dan kepentingannya kepada Singapura.
Mereka juga bercakap secara bebas tentang interaksi dan berkongsi anekdot peribadi mereka dengan pelbagai warga Singapura serta membincangkan masalah yang dihadapi dan keputusan sukar yang dibuat semasa proses pembangunan dasar.
Dokumentari itu juga memaparkan enam profil warga Singapura yang bercakap terus terang tentang kebimbangan, harapan dan impian mereka untuk masa depan Singapura.
Melakar Hala Tuju Singapura ialah satu latihan diterajui pemerintah yang dilancarkan pada Jun 2022 melibatkan rakyat Singapura daripada semua lapisan masyarakat untuk menyegarkan lagi kompak sosial Singapura.
Sehingga kini, lebih 200,000 rakyat Singapura telah terlibat dalam membincangkan isu-isu penting yang akan memberi kesan kepada pembangunan negara Singapura yang seterusnya.
Ini termasuk topik seperti perumahan, identiti Singapura, ekonomi dan pekerjaan, kejayaan, penuaan dan alam sekitar.
Cik Chloe Lim, Pengarah Akaun di DSTNCT, berkata:
“Ini merupakan projek yang sangat bermanfaat dan menyegarkan, kerana ia bukan sahaja mendedahkan motivasi dan komitmen pemimpin 4G negara untuk menjadikan masyarakat kita kuat dan terangkum, malah kebimbangan dan harapan rakyat Singapura, yang memberi inspirasi.”
“
“Ini merupakan projek yang sangat bermanfaat dan menyegarkan, kerana ia bukan sahaja mendedahkan motivasi dan komitmen pemimpin 4G negara untuk menjadikan masyarakat kita kuat dan terangkum, malah kebimbangan dan harapan rakyat Singapura, yang memberi inspirasi.”Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg