Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siri setem baru papar tumbuhan hampir pupus di persisiran S’pura

Kerjasama antara SingPost, NParks bertujuan tingkat kesedaran warisan alam semula jadi dan kepentingan biodiversiti
Jun 9, 2025 | 5:30 AM
sea trumpet, queen coralbead, Ormocarpum cochinchinense, Ficus stricta, stamp, singapore, native, NParks,
Keempat-empat spesies tumbuhan ini dikenali melalui bunga, buah dan daunnya yang menarik dan unik. - Foto SINGPOST, NPARKS

Pokok Bala Laut atau ‘sea trumpet’ dan pokok menjalar, ‘queen coralbead’, merupakan antara empat spesies yang dipaparkan dalam siri setem baru yang mengetengahkan tumbuhan di persisiran tempatan yang kini berada di ambang kepupusan.

Siri itu adalah hasil kerjasama antara Singapore Post (SingPost) dengan Lembaga Taman Negara (NParks), yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang warisan alam semula jadi Singapura yang unik serta kepentingan pemuliharaan biodiversiti.

Demikian menurut kenyataan bersama kedua-dua agensi itu pada 30 Mei.

Pelancaran setem itu juga bertepatan dengan Pesta Kepelbagaian Biologi, yang berlangsung di Plaza, Bangunan Perpustakaan Negara, dari 31 Mei hingga 1 Jun.

Setem itu yang bernilai antara 52 sen dengan $2 setiap satu, boleh didapati di semua pejabat pos, laman web SingPost, serta kedai filateli mulai 30 Mei.

Selain pokok ‘sea trumpet’ dan ‘queen coralbead’, siri ini turut memaparkan Ormocarpum cochinchinense, sejenis pokok renek, dan Ficus stricta, iaitu sejenis pokok ara yang menjalar dan melilit.

Keempat-empat spesies tumbuhan itu dikenali melalui bunga, buah dan daunnya yang menarik dan unik.

Ia tersenarai dalam Program Pemulihan Spesies NParks, yang bertujuan memastikan kelangsungan hidup flora tempatan yang jarang ditemui dan terancam.

Siri kali ini bertajuk, ‘Critically Endangered Flora Of Singapore – Flora Of Coastal Forests’ (Flora Singapura Terancam Kritikal – Flora Hutan Persisiran), dan ia merupakan siri terakhir daripada tiga siri setem yang memberi tumpuan pada spesies tumbuhan terancam di Singapura.

Siri pada 2024 sebelum ini menampilkan flora asli hutan hujan Singapura yang turut dikategorikan sebagai kritikal.

Ia termasuk tumbuhan menjalar ‘two-fold velvet bean’, tiger’s betel, squirrel’s jack (cempedak air) dan Kadsura scandens (akar dama-dama).

Kesemua spesis itu boleh ditemui di Hutan Simpanan Bukit Timah dan Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah, kata NParks.

Empat spesis flora asli hutan paya Singapura yang kritikal turut dipaparkan dalam siri setem pada 2023, iaitu ‘lipstick plant’, Singapore Kopsia (selada), salak hutan, dan Fagraea splendens.

Spesies itu ditemui semula di Hutan Paya Nee Soon, satu-satunya hutan paya air tawar utama yang masih wujud di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg