Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Siti Khadijah’ terus maju, kini di S’pura

Aug 28, 2023 | 5:30 AM
CAWANGAN SINGAPURA: Cawangan pertama butik ‘Siti Khadijah’ di Singapura terletak di Arab Street.
CAWANGAN SINGAPURA: Cawangan pertama butik ‘Siti Khadijah’ di Singapura terletak di Arab Street. - Foto SITI KHADIJAH

Sekitar 14 tahun lalu, Cik Padzilah Enda Sulaiman sekadar berhasrat menambah pendapatan keluarga selepas perniagaan suaminya gagal.

Namun kini, hasrat itu telah berkembang menjadi sebuah jenama telekung yang popular dalam kalangan muslimah, khususnya di rantau ini.

Bahkan, jenama Siti Khadijah itu kini mempunyai lebih 49 butik di Malaysia, tiga di Indonesia dan satu di Singapura.

Butiknya di Singapura terletak di Arab Street dan baru sahaja membuka pintunya kepada orang ramai pada lewat Julai.

Menurut Cik Padzilah yang juga pengasas Siti Khadijah, jenama itu sentiasa berpegang pada prinsip inovasi termasuk dari segi seni reka dan kain yang digunakan.

Kini, Siti Khadijah bukan sahaja menjual telekung tetapi pakaian dan perlengkapan solat lain juga.

Jenama itu juga merancang berkembang ke sebuah negara lagi menjelang 2024.

Ikuti wawancara Berita Harian dengan Cik Padzilah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg