Skim padanan dana akaun amanah kurang upaya dibuka 2026 hingga 2031

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Skim padanan dana akaun amanah kurang upaya dibuka 2026 hingga 2031

Mar 6, 2026 | 2:51 PM

Skim padanan dana akaun amanah kurang upaya dibuka 2026 hingga 2031

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
dana akaun amanah kurang upaya, eric chua, SNT
Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Undang-Undang), Encik Eric Chua.  - Foto MDDI

Keluarga dengan pendapatan isi rumah per kapita sehingga $3,600 boleh mendaftar untuk menerima tokokan sepadan sehingga $10,000 kepada akaun Amanah Keperluan Khas (SNT) mulai 1 April 2026 hingga 31 Mac 2031, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Undang-Undang), Encik Eric Chua.

Diumumkan semasa Belanjawan 2025, keluarga tersebut juga akan disediakan modal awal $5,000 yang diperlukan untuk membuka akaun SNT melalui pembiayaan Dana Masyarakat.

Ini sebahagian usaha membolehkan lebih banyak keluarga individu kurang upaya merancang awal untuk keselamatan kewangan orang tersayang mereka.

Pada masa ini, penjaga individu kurang upaya boleh menyediakan pelan penjagaan kewangan dan mengetepikan wang dalam akaun amanah dengan Syarikat Amanah Keperluan Khas (SNTC), yang menguruskan wang amanah bagi golongan kurang upaya, apabila penjaga mereka meninggal dunia.

Encik Chua, yang berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) di Parlimen pada 6 Mac, menambah ibu bapa boleh menggandakan lagi peruntukan kewangan untuk anak mereka dengan membeli Pelan Bertempoh Great Eastern Cares.

Pelan tersebut memberi perlindungan insurans kepada ibu bapa sehingga usia 100 tahun, dengan perlindungan dari $100,000 hingga $300,000

Misalnya, bagi perlindungan insurans $250,000, seorang ibu berusia 33 tahun yang sihat dengan pendapatan isi rumah per kapita di bawah $3,600 hanya akan perlu membuat tokokan amanah sekali sahaja, sebanyak $10,000 ke dalam akaun anaknya bagi menampung jumlah keseluruhan premium bagi pelan tersebut.

Apabila ibu atau bapa yang dilindungi insurans meninggal dunia sebelum usia 100 tahun, $250,000 akan dibayar ke dalam akaun SNT anak.

“Oleh sebab premium meningkat mengikut usia dan jumlah yang diinsuranskan, penjaga digalakkan memulakan perbincangan awal bersama SG Enable,” kata Encik Chua.

Encik Chua berkata pengurus kes, yang terlatih dalam kerja sosial, akan bekerjasama dengan penjaga untuk melakarkan pelan penjagaan peribadi dan memastikan dana diagihkan mengikut pelan tersebut selepas mereka meninggal dunia.

“Langkah ini menawarkan kelegaan kepada penjaga,” kata beliau.

Sementara itu, Encik Chua turut berkata pemerintah akan meningkatkan kapasiti khidmat berasaskan pusat yang dihadiri golongan kurang upaya dengan sebanyak 1,000 tempat menjelang 2030 – 500 tempat di Pusat Kegiatan Siang Hari (DAC) dan 500 tempat di Bengkel Perlindungan (SW).

DAC mengadakan kegiatan sosial dan rekreasi serta latihan kemahiran kehidupan, manakala SW menyediakan latihan kemahiran kerja dalam persekitaran berstruktur untuk individu kurang upaya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg