SM Lee: Majlis iftar Al-Muttaqin cerminan teguh perpaduan kaum
SM Lee: Majlis iftar Al-Muttaqin cerminan teguh perpaduan kaum
Detik manis berbuka puasa bersama jemaah di Masjid Al-Muttaqin pada 3 Mac membuatkan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, mengingati tentang keunikan Singapura, di mana rakan dari pelbagai agama dan bangsa berkumpul untuk berbuka puasa sambil berkongsi nikmat perpaduan yang mesra sesama mereka.
Ini dikongsi Encik Lee dalam satu catatan Facebook pada 4 Mac selepas menghadiri acara tersebut yang menekankan semangat kebersamaan warga Singapura.
Katanya: “Dunia di sekeliling kita semakin kompleks. Walaupun kita tidak dapat mengawal apa yang berlaku di luar Singapura, kita boleh bersiap sedia bagi menghadapi masa hadapan.
“Marilah kita terus mengambil berat dan saling menyokong antara satu sama lain serta mengukuhkan ikatan yang memupuk masyarakat yang harmoni dan inklusif.”

