Syed Harun: Ramadan peluang perkukuh perpaduan, kerjasama ekosistem masyarakat Melayu/Islam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syed Harun: Ramadan peluang perkukuh perpaduan, kerjasama ekosistem masyarakat Melayu/Islam

Feb 28, 2026 | 1:58 PM

Syed Harun: Ramadan peluang perkukuh perpaduan, kerjasama ekosistem masyarakat Melayu/Islam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Syed Harun, Pondok, Gelam
Dr Syed Harun Alhabsyi (empat dari kanan) bersama (sebelahnya) Setiausaha Agung Kehormat Pondok Peranakan Gelam Club (PPGC), Haji Borhan Haji Saini, beramah mesra dengan tetamu di mejanya semasa acara Majlis Iftar Amal Ramadan 2026 anjuran PPGC pada 27 Februari. - Foto ihsan KELAB PONDOK PERANAKAN GELAM

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah secara peribadi, tetapi peluang memperkukuh perpaduan dan kerjasama seluruh ekosistem masyarakat Melayu/Islam, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi.

Berucap di Majlis Iftar Amal Ramadan 2026 anjuran Kelab Pondok Peranakan Gelam (PPGC) di The Istana Ballroom 4, KINEX Mall pada 27 Februari, beliau berkata majlis amal seperti ini sering menyingkap nilai-nilai terbaik dalam masyarakat termasuk kesyukuran atas nikmat yang dikecapi, kesantunan dalam tutur kata dan tingkah laku serta keprihatinan terhadap golongan lain.

“Kesemua ini hanya hanya dapat dilakukan atas sebab semangat gotong-royong, kemuafakatan dan perpaduan dalam masyarakat kita.

“Inilah kekuatan yang ingin kita raih dan dimanfaatkan bersama melalui keteguhan institusi-institusi, pertubuhan-pertubuhan, para relawan dan individu yang datang bersama dengan keinginan berkhidmat secara ikhlas,” katanya.

Dr Syed Harun turut menekankan bahawa dalam konteks lebih luas, penting bagi seluruh ekosistem masyarakat termasuk masjid, qaryah, badan Melayu/Islam, kumpulan belia dan para relawan untuk saling melengkapi usaha masing-masing.

“Setiap pihak ternyata ada kekuatan tersendiri. Namun, apabila kita saling melengkapi dan berganding bahu, kita dapat memperluaskan lagi kebolehan dan potensi bantuan, memperkukuhkan lagi sokongan kita bagi yang memerlukan, dan mempereratkan lagi silaturahim dan ukhuwah dalam masyarakat kita,” ujarnya.

Sekitar 350 orang menghadiri majlis yang diselaraskan oleh Qasa’id Brothers Singapura itu.

Majlis Iftar Amal tersebut bertujuan menyokong beberapa inisiatif kebajikan termasuk Dana Kita Prihatin Pondok Gelam 2026 bagi membantu sekitar 150 penerima menjelang Syawal.

Ia juga menyokong penyediaan juadah berbuka puasa di Masjid Malabar untuk lebih 1,000 jemaah setiap hari sepanjang Ramadan serta usaha Persatuan Guru-Guru Al-Quran Singapura (Pergeraq) sempena ulang tahun ke-20 dan projek penerbitan buku.

Satu lagi inisiatif yang terlibat dalam acara tersebut adalah Antica Foundation, sebuah badan bukan mencari untung (NPO), yang membantu 50 anak-anak Melayu/Islam mendapatkan pakaian Hari Raya.

Dalam ucapannya, Dr Syed Harun turut menyentuh tentang kepentingan kesinambungan warisan dalam badan-badan Melayu/Islam.

Terutamanya bagi pelapis muda untuk membawa kesinambungan kepada warisan dan budaya yang berharga serta bermakna, sambil memastikan ia terus relevan dalam arus kemodenan.

“Idea-idea segar dari generasi muda, dikacukkan bersama teladan, contoh dan pengalaman yang lebih tua, boleh membuahkan hasil di mana badan-badan yang megah lagi mendalam sejarahnya kian berterusan aktivitinya, kekal relevan hala tujunya dan terus berdaya tahan matlamatnya demi membawa kebaikan pada masyarakat selanjutnya,” katanya.

Majlis itu diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Kebangsaan dan Juri Musabaqah Antarabangsa, Ustaz Afandi Amat, serta penyampaian tazkirah oleh Ustaz Muhammad Shaheedan Sutari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg