SM Lee: Serangan ke atas Iran bakal jejas harga tenaga; kesan boleh dirasakan S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee: Serangan ke atas Iran bakal jejas harga tenaga; kesan boleh dirasakan S’pura

Feb 28, 2026 | 9:51 PM

SM Lee: Serangan ke atas Iran bakal jejas harga tenaga; kesan boleh dirasakan S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Lee Hsien Loong
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, berkata serangan Israel-Amerika Syarikat ke atas Iran bakal memberikan kesan kepada harga tenaga dan menjejas negara-negara yang jauh daripada konflik itu seperti Singapura. - Foto fail

Serangan ke atas Iran oleh Israel dan Amerika Syarikat akan memberikan kesan kepada harga tenaga dan menjejas negara-negara yang jauh daripada konflik itu, seperti Singapura, kata Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.

Berucap pada majlis makan malam Tahun Baru Cina di Kelab Masyarakat Teck Ghee pada 28 Februari, Encik Lee berkata serangan itu menyumbang kepada persekitaran sejagat yang tidak menentu – ini seterusnya akan menjejas perdagangan dan pelaburan.

Pada 28 Februari, Amerika dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran.

Ini meletakkan kedudukan Timur Tengah ke arah konfrontasi ketenteraan baru dan menipiskan peluang terhadap penyelesaian diplomatik kepada isu nuklear Iran yang berlarutan dengan Barat.

Beliau berkata ketegangan antara Amerika dan Iran telah meningkat selama berminggu-minggu lamanya, dan Amerika telah menghimpunkan pasukan tentera yang besar di Timur Tengah.

Ini termasuk kapal pengangkut pesawat, kapal pemusnah, pertahanan peluru berpandu dan senjata serangan, katanya.

“Hari ini, Israel dan Amerika sama-sama menyerang Iran. Perang telah bermula.

“Iran telah membuat serangan balas – bandar-bandar, sasaran di seluruh Timur Tengah (seperti) Israel sendiri, Doha, Kuwait, Bahrain, Amiriah Arab Bersatu (UAE),” ujar Encik Lee.

Menjelaskan kesan yang boleh berlaku dek perang tersebut, beliau berkata apabila perang bermula, amat sukar untuk mengetahui bagaimana ia bakal berakhir.

Lantaran itu, Encik Lee berkata dalam dunia yang tidak menentu, Singapura tidak boleh menganggap dan memandang remeh prestasi ekonominya yang baik pada 2025.

Beliau berkata ekonomi telah menunjukkan prestasi lebih baik daripada apa yang dijangkakan, dengan pertumbuhan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) sebanyak lima peratus, dan peningkatan gaji serta inflasi yang lebih rendah.

Sungguhpun beliau berharap Singapura akan terus menunjukkan prestasi yang baik pada 2026, sebarang kejutan baru masih boleh berlaku.

Berkenaan ekonomi sejagat, Encik Lee menekankan tarif global baru yang dikenakan Presiden Donald Trump, adalah susulan tindak balas kepada keputusan Mahkamah Agung pada 20 Februari.

Keputusan tersebut mendapati kebanyakan duti yang dikenakan oleh pentadbiran Amerika pada 2025 menyalahi undang-undang.

Justeru, Encik Lee berkata walaupun pentadbiran Amerika telah mengambil tindakan segera terhadap keputusan itu, ia telah mengenakan undang-undang lain untuk melaksanakan tarif tetap 10 peratus ke atas semua negara.

Presiden Trump kemudian berubah fikiran dan menaikkannya kepada 15 peratus.

Encik Lee berkata: “Kami memerhatikan (perkembangan ini) dengan penuh kebimbangan.

“Tetapi setakat ini, kadar tarif rasmi Amerika masih 10 peratus. Jadi kami rasa lega, namun kita perlu memerhatikannya dengan teliti.”

Persekitaran tidak menentu akibat perubahan dramatik ini akan melemahkan perdagangan dan pelaburan sejagat, serta usaha terhadap kerjasama dan kemakmuran, tambahnya.

“Perniagaan dan syarikat akan mendapati ia mustahil untuk merancang apa yang boleh berlaku pada masa hadapan, apa yang boleh mereka harapkan, di mana mereka boleh labur dengan selamat, apa yang perlu mereka lakukan bagi memastikan syarikat berdaya maju pada hari-hari mendatang.

“Dan ini juga akan menjejaskan Singapura sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, yang bergantung pada perdagangan dan pelaburan global,” ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg