Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

SM Teo: Rakyat tidak pecah belah meskipun Timur Tengah tegang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SM Teo: Rakyat tidak pecah belah meskipun Timur Tengah tegang

Mar 03, 2024 | 09:06 PM



Rakyat Singapura dari semua agama telah membuka hati dan bersatu serta tidak membenarkan diri mereka berpecah belah di sebalik kejadian tragik di Timur Tengah, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.

Menurut Encik Teo yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, ini hanya dapat dicapai dengan adanya masyarakat pemimpin agama yang kukuh yang mampu membimbing masyarakat masing-masing sebagai memberi respons menerusi cara yang mengukuhkan komitmen warga Singapura.

Berkata demikian di acara Gema Kesyukuran, anjuran Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), di Gardens by The Bay pada 3 Mac, Encik Teo menjelaskan:

“Kita sekarang sedang menyaksikan kejadian tragik yang amat menyedihkan di bahagian dunia lain yang memecah belahkan masyarakat.

“Terutamanya kejadian tragik di Timur Tengah yang mengusik emosi warga Singapura, terutamanya Muslim Singapura.

“Mujur daripada membenarkan diri kita berpecah belah, warga Singapura daripada semua agama telah membuka hati dan bersatu dengan hasrat yang sama untuk membantu dan menyokong mereka yang paling teruk terjejas.

“Ini hanya akan dapat dicapai dengan adanya masyarakat pemimpin agama yang kukuh yang mampu membimbing masyarakat masing-masing sebagai respons kepada cara mengukuhkan komitmen sebagai warga Singapura.”

Encik Teo menambah bahawa rakyat tidak boleh membenarkan sesuatu yang tidak dipersetujui dan konflik di luar negara menjadi sumber ketegangan dan perbalahan dalam masyarakat di sini.

“Kita bertindak atas prinsip, menyokong apa yang benar di bawah undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menggesa gencatan senjata dan bagi isu-isu tersebut dihuraikan dalam cara yang adil menerusi perbincangan.

“Maka apabila kita melihat konflik di dunia ini, kita perlu menghargai keamanan dan keharmonian yang kita nikmati di Singapura,” tambahnya lagi.

Acara itu, yang dihadiri sekitar 400 orang, adalah sebagai penghargaan kepada sumbangan asatizah dan pendidik agama Islam di sini.

Antaranya pengerusi majlis penasihat tinggi atau Masyaikh, Pergas, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan dinobat Anugerah Warisan Pergas atas sumbangannya yang luas dan mendalam kepada masyarakat dan negara.

Acara itu turut menamakan Ustazah Habsah Senin sebagai penerima Anugerah Obor Ummah – yang diberi sebagai menghargai asatizah berusia 50 tahun ke atas di atas sumbangan yang tidak ternilai.

Sementara itu, dua lagi asatizah dinobat Anugerah Asatizah Cemerlang.

Pertama ialah Pengarah Eksekutif Divisyen Pendidikan Andalus dan pengerusi AMP Singapura, Ustaz Fathurrahman Dawoed, atas sumbangannya dalam sektor pendidikan Islam swasta.

Kedua ialah Naib Kadi, Ustaz Muhammad Nuzhan Halim, yang menerima anugerah itu atas sumbangannya menyampaikan khidmat pendidikan Islam menerusi platform digital seperti Non-Judgemental Podcast (NJU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >