Penumpang yang keluar lewat malam pada malam Hari Raya Haji masih boleh menaiki pengangkutan awam kerana SMRT akan melanjutkan perkhidmatan kereta api dan bas terpilih.
Laluan Utara-Selatan (NSL), laluan Timur-Barat (EWL) dan Laluan Thomson-East Coast (TEL) akan dilanjutkan hingga awal pagi pada 17 Jun.
Kereta api TEL terakhir yang meninggalkan Woodlands North untuk stesen Gardens by the Bay akan berlepas pada 12.12 pagi
Kereta api TEL yang bergerak di arah lain pula akan berlepas pada 12.29 pagi.
Dari stesen City Hall, kereta api terakhir NSL dan EWL menghala ke Jurong East, Marina South Pier, Pasir Ris dan Tuas Link akan berlepas pada 12.30 pagi.
Perkhidmatan di Laluan Circle (CCL) juga akan berakhir lewat.
Kereta api terakhir CCL menghala ke Harbourfront dari Dhoby Ghaut akan berlepas pada 11.55 malam pada 16 Jun, dan kereta api menghala ke Dhoby Ghaut dari Harbourfront akan berlepas pada 11.30 malam pada hari yang sama.
Tiada lanjutan diadakan bagi perkhidmatan LRT Bukit Panjang dan perkhidmatan Changi Airport.
Waktu pembukaan bagi perkhidmatan bas terpilih di tiga pusat tukaran bas juga akan dilanjutkan.
Bas terakhir bagi perkhidmatan 300, 301, 302, 307 dan 983A akan berlepas dari pusat tukaran bas Choa Chu Kang pada 1.40 pagi pada 17 Jun.
Perkhidmatan 901, 911, 912A, 912B dan 913 dari Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands dan 920, 922 and 973A dari pusat tukaran bas Bukit Panjang akan berlepas pada 1.25 pagi pada hari yang sama.
Unutk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SMRT atau hubungi talian pelanggan di 1800-336-8900 dari 7.30 pagi hingga 8 malam setiap hari.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg