Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sokongan buat ibu bapa titipan

Dec 24, 2023 | 5:30 AM
BUKU PANDUAN: Pusat agensi titipan ketiga di Singapura yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2017, PPIS Oasis, telah melancarkan sebuah buku panduan untuk menjaga anak titipan berjudul ‘Memupuk Perhubungan - Koleksi Amalan Terbaik oleh Ibu Bapa Angkat dan Profesional’, sempena ulang tahunnya yang ke-lima tahun lalu.
BUKU PANDUAN: Pusat agensi titipan ketiga di Singapura yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2017, PPIS Oasis, telah melancarkan sebuah buku panduan untuk menjaga anak titipan berjudul ‘Memupuk Perhubungan - Koleksi Amalan Terbaik oleh Ibu Bapa Angkat dan Profesional’, sempena ulang tahunnya yang ke-lima tahun lalu. - Foto PPIS

PPIS Oasis, pusat agensi titipan ketiga di Singapura yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2017, amat hargai usaha yang diberi oleh ibu bapa titipan.

Lantaran itu, PPIS Oasis menawarkan perkhidmatan sokongan, kaunseling dan pengurusan kerja kes buat keluarga dan anak titipan.

Untuk menjadi ibu bapa titipan, anda perlu berusia 25 tahun ke atas, memiliki sekurang-kurangnya pendidikan peringkat sekolah menengah, mempunyai pendapatan isi rumah berjumlah $2,000 atau $700 bagi setiap kapita dan mempunyai pengalaman menjaga kanak-kanak.

Ibu bapa titipan tidak akan keseorangan sepanjang penjagaan anak titipan tersebut. Mereka akan disokong oleh PPIS Oasis dan juga MSF. 

Setiap ibu bapa titipan akan diberi elaun sekitar $1,100 hingga $1,500 untuk menampung kos pembelanjaan anak titipan. 

Selain itu, ibu bapa titipan juga tidak perlu buat bayaran untuk kebanyakan kos rawatan perubatan di poliklinik atau hospital kerajaan kerana ini akan ditampung kad perubatan khas yang setiap anak titipan akan terima. 

Jika ibu bapa titipan bekerja pula, mereka boleh hantar anak titipan ke pusat jagaan kanak-kanak dan boleh menerima subsidi untuk yuran tersebut. Selain itu, ibu bapa titipan juga boleh menggunakan ‘childcare leave’ untuk anak titipan.

Pihak PPIS Oasis dan MSF juga menghulurkan sokongan yang lain-lain.

Sekiranya anda ingin bantu tapi masih kurang yakin untuk menjaga anak titipan, PPIS Oasis juga mempunyai peluang sukarela yang lain. 

PPIS Oasis sentiasa perlukan sukarelawan yang boleh hantar anak-anak titipan ke sekolah, untuk hadir kelas atau program tambahan atau pun sekadar bersiar-siar. Ia juga mencari sukarelawan yang boleh memberi anak-anak titipan yang perlukan tuisyen atau ajar membaca.

Layari laman web, ppis.sg/oasis/, atau hubungi PPIS Oasis di talian 9855-1057 jika anda berminat menjadi ibu bapa titipan atau sukarelawan. Pemohon ibu bapa titipan akan dihubungi untuk menjalani sesi interviu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg