Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sokongan meriah, padu rakyat kepada atlet para

Sep 15, 2024 | 1:16 PM
Atlet para kelihatan seperti berpesta sedang mereka tersenyum dan melambai kepada orang ramai yang berkumpul untuk menyambut kepulangan kontinjen tersebut.
Atlet para kelihatan seperti berpesta sedang mereka tersenyum dan melambai kepada orang ramai yang berkumpul untuk menyambut kepulangan kontinjen tersebut. - Foto ST

Kedengaran hon dibunyikan ketika perarakan bas terbuka bermula pada 11.30 pagi di Pusat Akuatik OCBC pada 14 September, dengan 10 anggota kontinjen Singapura yang bertanding di Paralimpik Paris berada di atas bas tersebut.

Mujur hujan lebat pada waktu pagi telah berhenti bagi atlet para menikmati hari meraikan mereka, sedang sekitar 3,000 penyokong berpakaian merah – kebanyakan mereka mengibarkan bendera dan memegang papan tanda – berbaris di jalan raya dalam kawasan bandar untuk bersorak bagi kontinjen Team Singapore.

Perarakan selama dua jam itu bermula di Kallang dengan majlis alu-aluan ringkas, lapor The Straits Times.

Hampir seratus peminat Team Singapore dan kakitangan Majlis Sukan Singapura (SporSG) berkumpul untuk menceriakan para atlet sebelum Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong menghadiahkan setiap Paralimpik kalungan orkid.

Kontinjen Team Singapore terdiri daripada juara dua pingat emas Yip Pin Xiu, Toh Wei Soong dan Sophie Soon dalam acara sukan renang; Diroy Noordin (olahraga); Daniel Chan (menembak); Laurentia Tan, Gemma Foo dan Hilary Su (ekuestrian); pemenang pingat perak, Jeralyn Tan (boccia); dan Nur Syahidah Alim (memanah).

Mereka kembali dari Paralimpik Paris yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September itu dengan keputusan terbaik Singapura, memenangi dua butir emas melalui Yip (50 meter dan 100 meter kuak lentang S2) dan satu perak yang diraih Jeralyn (individu BC1 boccia).

Diiringi bas terbuka kedua yang membawa pihak media, konvoi itu bergerak dari Kallang ke Chinatown, Orchard Road, Serangoon Road dan Victoria Street sebelum kembali ke Hab Sukan Singapura.

Atlet para kelihatan bak berpesta sambil mengukir senyuman dan melambai kepada penyokong yang berkumpul di empat ‘titik sorak’ di sepanjang laluan.

Acara kemuncak diadakan di Balai Bomba Pusat, Hill Street, di mana sekumpulan anggota bomba bersorak untuk mereka sambil mengibarkan bendera mini Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg