Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

SPF beri PM Lee penghormatan tertinggi Pedang Temasek

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPF beri PM Lee penghormatan tertinggi Pedang Temasek

Penghormatan bagi menghargai sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan polis selama berdekad
Apr 17, 2024 | 09:12 PM



Pasukan Polis Singapura (SPF) telah menghadiahkan Pedang Temasek – penghormatan tertinggi yang diberikan oleh SPF – kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Penghormatan itu diberikan bagi menghargai sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan Encik Lee kepada SPF selama beberapa dekad.

Pesuruhjaya Polis Hoong Wee Teck menyampaikan Pedang Temasek itu kepada Encik Lee semasa acara ‘Dining-In’ yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis (SPOM) pada 17 April.

Acara Dining-In adalah tradisi Polis yang sudah sekian lama wujud dan dianjurkan untuk menghargai individu terhormat yang telah membuat sumbangan besar kepada SPF.

Kali terakhir Encik Lee menghadiri acara ‘Dining-In’ polis ialah pada 2014.

“Menyusuli pengumuman beliau (Perdana Menteri Lee Hsien Loong) pada Isnin (15 April) bahawa beliau akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Timbalan Perdana Menteri (DPM) Lawrence Wong pada 15 Mei 2024, adalah satu penghormatan dan keistimewaan yang paling mendalam bagi SPF (Pasukan Polis Singapura) untuk sekali lagi menjadi tuan rumah Dining-In bagi beliau, bagi mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan selama berdekad beliau kepada negara dan untuk menunjukkan penghormatan tertinggi kami kepada beliau,” kata SPF dalam satu kenyataannya.

Presiden Jawatankuasa Mes, Timbalan Pesuruhjaya Polis How Kwang Hwee, menyampaikan ucapan terima kasih kepada Encik Lee atas sokongan padunya kepada SPF dan perkhidmatan beliau kepada negara sebagai Perdana Menteri sejak 20 tahun lalu.

“Sepanjang menjadi Perdana Menteri, beliau memberikan sokongan padu kepada SPF. Beliau tidak pernah goyah dalam keyakinan bahawa Singapura yang selamat dan terjamin, di mana kedaulatan undang-undang wujud, adalah prasyarat kemajuan sosial dan ekonomi,” kata beliau.

“Kami sedih anda akan berundur sebagai Perdana Menteri kami, tetapi kami sedar bahawa anda telah menumpukan sebahagian besar hidup anda untuk berkhidmat kepada negara dan memikul tanggungjawab tertinggi dan paling berat untuk negara bagi masa yang lama – hampir 40 tahun,” tambahnya.

Encik Lee telah mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei, dan Encik Wong akan mengambil alih jawatan tersebut.

Menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 15 April, Encik Lee akan melepaskan jawatannya dan memberi nasihat rasmi kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam agar melantik Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, sebagai pengganti beliau.

Encik Wong, 51 tahun, akan menjadi Perdana Menteri keempat Singapura pada 15 Mei, selepas beliau mengangkat sumpah di Istana pada 8 malam.

Pengumuman Encik Lee itu mengakhiri spekulasi mengenai tarikh peralihan pucuk pimpinan Singapura yang bermain di minda warga Singapura sejak Encik Wong dipilih oleh rakan seangkatannya sebagai ketua pasukan pemimpin generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 2022.

Pada November 2023, Encik Lee mengumumkan hasratnya menyerahkan pucuk pimpinan kepada Encik Wong, sebelum Pilihan Raya Umum 2025.

Encik Lee dilantik sebagai Perdana Menteri ketiga Singapura pada 12 Ogos 2004, menggantikan Encik Goh Chok Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >