Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

SPF rai sumbangan 75 tahun polis wanita, terus pupuk budaya kerja cemerlang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPF rai sumbangan 75 tahun polis wanita, terus pupuk budaya kerja cemerlang

Apr 13, 2024 | 05:15 PM



Pasukan Polis Singapura (SPF) telah menunjukkan kecemerlangan dalam memupuk generasi pemimpin wanita masa depan.

Hari ini, sekitar 20 peratus daripada jawatan kepimpinan kanan dalam SPF disandang oleh wanita termasuk dalam Bahagian Darat, Bahagian Polis Lapangan Terbang dan Komand Keselamatan Perlindungan.

Sebanyak 30 peratus Pusat Polis Kejiranan kini diketuai oleh Pegawai Memerintah wanita dengan pegawai wanita membentuk seperempat daripada penyelia di cawangan penyiasatan Bahagian Darat.

Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, berkongsi data tersebut serta banyak lagi pencapaian anggota polis wanita pada sambutan ‘75 tahun Wanita Dalam Kerjaya Polis’ di Pusat Seni Persembahan, Star Vista, pada 13 April.


Acara itu meraikan pencapaian dan sumbangan pegawai polis wanita generasi terdahulu dan sekarang dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan Singapura. Ia juga ketengahkan peranan yang telah dimainkan dan terus dimainkan oleh wanita dalam kerjaya polis.

Cik Teo turut memberi penghormatan kepada beberapa wanita yang telah mengukir kerjaya cemerlang dalam pasukan polis, termasuk Cik Zuraidah Abdullah, yang merupakan wanita pertama dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Kanan pada 2013.

Beliau turut mengiktiraf jasa dan pencapaian polis wanita perintis di Singapura, Cik Mary Quintal, yang merupakan wanita pertama dilantik sebagai Penolong Superintendan Polis pada 1961; Cik Ng Guat Ting selaku wanita pertama yang mengetuai Bahagian Darat pada 1999 dan wanita pertama yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya, Cik Florence Chia, yang juga wanita pertama mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) pada 2018.

“Sejauh ini, kita punyai ramai lagi pegawai cemerlang yang terdiri daripada wanita. Mereka merupakan antara 1,800 atau lebih pegawai wanita yang ditempatkan dalam hampir setiap aspek kerjaya polis ini. 

“Mereka cemerlang dalam pelbagai peranan, dan terus membina legasi pegawai terdahulu, dan mereka terus mengibarkan bendera (polis) setinggi-tingginya,” kata Cik Teo. 

Katanya, pegawai polis wanita telah mencapai kemajuan ketara dalam pelbagai pekerjaan pakar yang secara tradisinya merupakan peranan yang sering didominasi kaum lelaki.

Beliau beri contoh pegawai wanita dalam Skuadron Tugas Khas elit Polis Pengawal Pantai (PCG), melakukan operasi berisiko tinggi dan sukar bersama rakan sekerja lelaki termasuk dalam perihal pemintasan penyeludup berkelajuan tinggi, dan operasi mencari dan menyelamat di laut lepas.

Beliau turut memberi penghargaan kepada pegawai wanita yang mengetuai Pasukan Tindak Balas Kecemasan, atau ERT, yang merupakan responden pertama semasa serangan bersenjata.

“Latihan mereka sangat mencabar, dan mereka perlu tahu apa yang harus dilakukan dalam keadaan krisis,” katanya.


Disebabkan kejayaan ramai pegawai polis wanita, Cik Teo merasakan bahawa SPF telah dapat menarik lebih ramai wanita berbakat untuk memilih kerjaya polis.


Beliau menyatakan bahawa kemajuan dan pencapaian wanita dalam kerjaya ini tidak datang secara kebetulan. Ia adalah hasil usaha pegawai wanita perintis sebelum ini, dan juga kerja keras generasi polis wanita selanjutnya.


Memuji Jawatankuasa Polis Wanita (PWC) yang dibentuk pada 2014 bagi membina sekitaran kerja inklusif dan adil untuk polis wanita, Cik Teo berkata PWC sedang membangun portal maklumat sehenti untuk pegawai polis wanita.“Portal itu menangani pertanyaan berhubung dengan bilik untuk keperluan ibu menyusu di pejabat kendalian polis, kit maklumat tentang cuti bersalin dan perihal latihan untuk pegawai yang hamil,” ujar Cik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >