Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pola pemikiran jadi asas pegawai polis wanita cemerlang dalam bidang dikuasai lelaki

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pola pemikiran jadi asas pegawai polis wanita cemerlang dalam bidang dikuasai lelaki

Mar 16, 2024 | 05:30 AM



Jantina tidak seharusnya dijadikan sebagai kayu ukur bagi mencapai kecemerlangan.

Demikian pola pemikiran yang sudah sebati dalam diri Staf Sarjan Kanan (SSSgt) Nur Wahidah Abdul Wahid, 36 tahun, dan Penolong Superintenden Polis (ASP) Nur Ain Abdul Wahid, 35 tahun, sejak menjadi pegawai polis.

Pasangan adik-beradik itu menjelaskan pola pemikiran sedemikian penting, apatah lagi dalam bidang atau sektor yang dikuasai kaum Adam.

Pegawai Pengawasan Masyarakat di Pusat Polis Kejiranan (NPC) Serangoon, SSSgt Nur Wahidah, menjelaskan:

“Dengan penerapan pola pemikiran ini, ia membantu saya tingkatkan keyakinan diri.

“Daripada hanya memikirkan tentang keadaan atau bidang yang dikuasai lelaki, ketepikan pola pemikiran tersebut. Jika anda lakukan hal ini, anda jadi lebih positif, lebih yakin dan meraih detik kecemerlangan.”

Ini memandangkan tugasan yang digalas antara lelaki dengan wanita adalah lebih kurang sama, iaitu mengekang jenayah dan mengekalkan keselamatan negara, tambah ibu tiga orang anak itu.

Pendirian sedemikian turut dikongsi adiknya, ASP Nur Ain, Ketua Pasukan di NPC Sengkang.

Beliau, yang baru melahirkan cahaya mata keempat pada November 2023, berkata beliau membesar dengan ramai rakan lelaki.

Oleh demikian, pergaulan dan komunikasi bersama kaum Adam bukanlah sesuatu yang baru.

“Saya tidak melihatnya sebagai satu masalah kerana (jika dilihat) antara satu sama lain, tidak banyak beza antara lelaki dengan wanita dari aspek peranan. Kami lakukan pekerjaan sama,” jelasnya.

Beliau mula mengorak langkah dan menyertai Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk mengikut jejak kakaknya, SSSgt Nur Wahidah, yang menyertai SPF pada 2009.

Ini meskipun beliau pernah melahirkan hasrat untuk menjadi ahli sains, ahli psikologi, kemudian jururawat dan paramedik sebelum memutuskan untuk menceburi bidangnya kini.

ASP Nur Ain, yang menyertai SPF pada 2010, berkata: “Sebelum ceburi (kerjaya ini), saya dapat temu duga (bagi paramedik) tetapi tidak lulus peringkat akhir.

“Selepas itu saya ada terfikir ingin belajar secara sambilan dalam jurusan psikologi dan kerja polis. Tetapi barangkali ini semua takdir.”

Menurut beliau, pelibatan mereka berdua dalam pasukan polis secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan antara satu sama lain, memandangkan persefahaman antara mereka lebih mudah terjalin.

Mentelah mereka turut “berkongsi sistem penjagaan kanak-kanak yang sama”. Kakaknya akan ke rumah beliau untuk menghantar anak-anaknya kerana ibu menetap di kediaman ASP Nur Ain.

SSSgt Nur Wahidah berseloroh: “Hampir setiap hari, kami akan berjumpa. Kadangkala apabila saya pulang awal, saya akan tunggu adik pulang untuk berbual dengannya, walaupun saya sedar anak-anak rasa ngantuk.

“Sebagai seorang ibu, ada kalanya saya ada kebimbangan bagaimana tangani atau kendali kerenah seseorang anak jadi apabila perkara sedemikian berlaku, saya tahu saya boleh bergantung pada adik-beradik saya.”

Berbeza dengan adiknya, beliau ingin menjadi pegawai polis sejak dari kecil lagi kerana minat.

Menurutnya, pengalamannya sebagai anggota polis begitu bermakna, didorong pula dengan sokongan yang diberi oleh pihak penyelia.

“Selain daripada sokongan keluarga, saya bersyukur kerana dapat penyelia yang baik (di tempat kerja) kerana ia juga sokongan penting yang kami perlukan... terhadap keseimbangan kerja dan kehidupan bagi ibu bekerja,” ujarnya. – MUHAIMIN SUZAINI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >