Sebagai syarikat berita nasional, SPH Media dan penerbitannya komited terhadap wacana bertanggungjawab, selaras dengan pendirian editorial bilik berita.

“Kami mengecam kenyataan berbaur hasutan dan penghinaan yang bertentangan dengan nilai teras negara dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan di wadah kami.”

Kenyataan tersebut menyusuli kebimbangan mengenai komen perkauman dalam talian yang dibangkitkan Menteri Kanan, Encik K. Shanmugam, pada 5 September, yang menyasarkan masyarakat India berkaitan banjir di Nepal serta hubungan antara Singapore Airlines (SIA) dengan Air India.

Encik Shanmugam berkata komen sedemikian telah “melampaui batas” dan beliau telah meminta polis menyiasat sama ada sebarang kesalahan telah dilakukan.

Beliau turut berkata Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) akan meminta wadah dalam talian untuk menurunkan komen yang melanggar garis panduan mereka.