Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SportSG, SMRT Trains lancar sesi zumba di stesen MRT

Sesi setiap Isnin diadakan di stesen MRT Esplanade hingga 4 Nov
Sep 11, 2024 | 4:04 PM
Sesi senaman ActiveSG x SMRT Zumba yang baru dilancarkan bertujuan untuk mendekatkan sukan kepada rakyat Singapura.
Sesi senaman ActiveSG x SMRT Zumba yang baru dilancarkan bertujuan untuk mendekatkan sukan kepada rakyat Singapura. - Foto SPORTSG

Orang ramai boleh ikuti sesi senaman ActiveSG x SMRT Zumba secara percuma di stesen MRT Esplanade setiap Isnin secara percuma mulai 9 September hingga 4 November ini, antara 7 hingga 8 malam.

Sesi ini merupakan satu usaha Majlis Sukan Singapura (SportSG) dan SMRT Trains di bawah kempen ‘Together We Play’, untuk mendekatkan sukan kepada rakyat Singapura, terutama sekali orang dewasa yang bekerja.

“Penyertaan dalam sukan di Singapura adalah antara tertinggi di dunia dan kami mahukannya berterusan. Pada masa yang sama, kami mengakui bahawa rakyat Singapura mempunyai komitmen lain yang penting seperti bekerja dan menjaga keluarga mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SportSG Alan Goh.

“Melalui kerjasama dengan SMRT Trains, kami berharap dapat membawa lebih banyak aktiviti sukan kepada rakyat Singapura walaupun mereka sedang dalam perjalanan,” tambah beliau.

Kempen yang telah dilancarkan pada Jun 2023 bertujuan menggalakkan rakyat Singapura menikmati masa bersama-sama dan merapatkan hubungan dengan orang tercinta melalui sukan dan senaman, pada masa yang sama, meningkatkan penyertaan golongan dewasa muda dalam sukan. 

Sesi senaman ActiveSG x SMRT Zumba diadakan setiap Isnin bermula 9 September hingga 4 November di stesen MRT Esplanade.
Sesi senaman ActiveSG x SMRT Zumba diadakan setiap Isnin bermula 9 September hingga 4 November di stesen MRT Esplanade. - Foto SPORTSG

Presiden SMRT Trains Lam Sheau Kai berkata:

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan SportSG untuk membawa semangat kepada rangkaian rel kami melalui sesi senaman ActiveSG x SMRT Zumba. Ruang-ruang awam dalam rangkaian SMRT ini boleh memupuk interaksi masyarakat, penglibatan, dan kesejahteraan peribadi.”

Menurut beliau, sesi senaman seperti ini dapat mengeratkan hubungan masyarakat di sekitar rangkaian SMRT dan meningkatkan pengalaman ulang-alik.

Sesi senaman ActiveSG x SMRT Zumba merupakan satu siri percubaan dan orang ramai yang berminat boleh mendaftarkan diri di https://go.gov.sg/activesg-workouts.

Bersamaan kempen ini, SportSG juga melancarkan permainan larian interaktif yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Singapura kekal aktif dengan mudah dan seronok.

Permainan interaktif ini boleh dimainkan secara bersendirian atau berpasangan dan pemain perlu mengumpul seberapa banyak token yang mungkin, untuk peluang menyertai cabutan bertuah bulanan, di mana e-baucar bernilai $100 boleh dimenangi.

Orang ramai yang berminat boleh menyertai permainan interaktif ini di Active Health Lab @ Decathlon Singapore Lab (Kallang) dan Kallang Wave Mall (berdekatan pintu keluar FariPrice Xtra).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg