Topik diikuti
Pergi ke BHkuS’pura, Brazil bincang perdalam kerjasama Asean, Amerika Selatan
PM Wong: Brazil rakan dagang, jaminan makanan utama S’pura
S’pura, Brazil bincang perdalam kerjasama Asean, Amerika Selatan
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengadakan pertemuan dua hala bersama Presiden Brazil, Encik Luiz Inacio Lula da Silva, di Sidang Kemuncak Asean ke-49 di Manila, Filipina, pada 15 November.
Menulis dalam satu hantaran di media sosial, Encik Wong berkata hubungan mesra dan lama terjalin antara Singapura dengan Brazil bersandar kerjasama berbilang hala, sambil menambah bahawa Brazil merupakan rakan utama dalam perdagangan dan jaminan makanan.
Semasa pertemuan itu, mereka telah membincangkan cara bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Mercosur-Singapura dapat memperdalam kerjasama merentasi rantau Asean dan Amerika Selatan.
FTA Mercosur-Singapura ialah FTA ke-29 Singapura dan merupakan perjanjian perdagangan bebas pertama negara-negara Mercosur dengan negara Asia Tenggara. Selain Brazil, Mercosur dianggotai Argentina, Paraguay dan Uruguay.
Sempena sambutan 60 tahun hubungan diplomatik antara Singapura dengan Brazil pada 2027, Encik Wong menantikan kerjasama yang lebih erat dalam bidang inovasi dan kemampanan, serta hubungan Asean-Brazil yang lebih kukuh sepanjang tempoh kepengerusian Asean oleh Singapura.
Encik Wong turut mengucapkan tahniah kepada Encik Lula atas pemilihan semula beliau sebagai Presiden bagi penggal keempat yang bersejarah baru-baru ini.