Topic followed successfully
Go to BHkuS’pura, Brunei bincang cara perkukuh kerjasama pertahanan maritim
S’pura, Brunei bincang cara perkukuh kerjasama pertahanan maritim
Perkembangan keselamatan serantau dan kerjasama maritim dibincang
Apr 15, 2026 | 6:12 PM
S’pura, Brunei bincang cara perkukuh kerjasama pertahanan maritim
Singapura dan Brunei mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang “rapat dan telah lama terjalin” semasa pertemuan antara Menteri Pertahanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, dengan Panglima Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Sahibul Bahari Zainal Abidin, di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 15 April.
Kededua pihak membincangkan kaedah untuk memperluas kerjasama antara Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dengan Tentera Laut Diraja Brunei dalam bidang kepentingan bersama serta perkembangan keselamatan serantau.
Laporan berkaitan
Kaedah klasifikasi perubatan bagi individu bakal jalani NS dikemas kiniApr 13, 2026 | 7:52 PM
Faishal hadiri rumah terbuka Hari Raya di BruneiMar 24, 2026 | 7:27 PM
S’pura, Brunei bincang cara perkukuh kerjasama pertahanan Jan 5, 2026 | 8:38 PM

