Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

S’pura, Brunei boleh perkukuh kerjasama bidang jamin bekalan makanan, peralihan ‘hijau’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Brunei boleh perkukuh kerjasama bidang jamin bekalan makanan, peralihan ‘hijau’

Hubungan sesama rakyat juga boleh terus diperkukuh
Dec 14, 2023 | 06:45 PM



Brunei dan Singapura boleh perkukuh lagi hubungan dengan bekerjasama dalam bidang seperti jaminan bekalan makanan dan peralihan’hijau’, di samping menguatkan suara mereka di pentas antarabangsa.

Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong, semasa menyampaikan ceramah khas mengenai hubungan rapat antara dua negara Asean terkecil itu kepada pemimpin, pegawai kanan, ahli akademik dan pelajar Brunei.

Ceramah itu disampaikan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, lapor The Straits Times (ST).


Encik Wong pada 13 Disember turut menggesa hadirin untuk mengukuhkan lagi hubungan sesama rakyat yang sedia ada.

Beliau berada di Brunei untuk Program Pemimpin Muda (YLP) Ke-9, di mana beliau mengetuai delegasi pemegang jawatan politik Singapura buat pertama kali.

Encik Wong berkata kedua-dua Singapura dan Brunei adalah kecil dan perlu menyesuaikan diri dengan dunia.

Bagaimanapun, menjadi kecil membolehkan kedua-dua negara kekal lincah, katanya.

“Kami bertahan dan berkembang maju menerusi kecerdasan dan kepintaran kami sendiri. Yang penting, kami bekerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran sehaluan untuk memajukan kepentingan bersama kami,” ujar beliau.

Sebagai contoh, beliau menyenaraikan bagaimana Brunei, Singapura, Chile dan New Zealand – secara kolektif dikenali sebagai P4, menandatangani satu Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) pada 2005, yang mewujudkan suasana bagi Kerjasama Rentas Pasifik (TPP), dan kemudian pada 2018, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP), yang kini merupakan salah satu kawasan dagangan bebas terbesar di dunia.

“Negara kecil tetap berkuasa. Kita boleh membuat sesuatu berlaku walaupun saiz kita kecil. Itulah sebabnya, dalam dunia yang besar dan berbahaya ini, adalah penting Singapura dan Brunei bersatu. Sebagai rakan rapat, kita mesti bekerjasama untuk mengurus risiko secara proaktif dan meletakkan diri kita dengan baik untuk masa depan,” kata Encik Wong.

Brunei dan Singapura menandakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik pada 2024, yang membuka peluang kepada kedua-dua negara itu untuk melakar hubungan istimewa yang seterusnya, tambahnya.

Kedua-dua negara telah membina kerjasama yang mendalam selama beberapa dekad dalam pertahanan dan Perjanjian Pertukaran Mata Wang (CIA), yang membolehkan mata wang setiap negara ditukar pada kadar tukaran sama, tanpa caj.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk mengukuh lagi kerjasama, kata Encik Wong.

Beliau mencadangkan terdapat skop untuk meluaskan kerjasama dalam bidang keselamatan makanan.

Pada masa ini, Singapura mengimport produk makanan laut dari Brunei dan baru-baru ini mengiktirafnya sebagai sumber bekalan telur.

Namun, kedua-dua negara juga boleh bekerjasama dalam bidang seperti daging lembu dan ayam itik proses serta penyelidikan dan pengembangan teknologi pertanian, tambah Encik Wong.

Ini akan membolehkan Brunei mempelbagai ekonominya sebagai sebahagian Wawasan Brunei 2035, manakala Singapura pula akan mempunyai sumber makanan import tambahan yang dipercayai.

Kedua-dua negara juga boleh bekerjasama untuk meningkatkan persiapan menghadapi ancaman pandemik masa depan, dan memperbaiki daya tahan bekalan perubatan dengan memudahkan pergerakan produk perubatan semasa kecemasan dan krisis.

Encik Wong juga menjelaskan strategi setiap negara untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Walaupun Brunei berupaya meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, terutamanya tenaga suria, Singapura pula ingin mengimport tenaga boleh diperbaharui dan hidrogen hijau.

Kini, kedua-dua negara turut meneroka huraian seperti usaha memerangkap dan menyimpan karbon, serta pasaran karbon.

Oleh itu, kedua-dua negara akan meraih banyak manfaat dengan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang itu, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >