Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

S’pura, Brunei perlu faham cabaran kededua negara agar dapat terus kerjasama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Brunei perlu faham cabaran kededua negara agar dapat terus kerjasama

Jan 26, 2024 | 07:47 PM



Sebagai dua negara terkecil dalam Asean, adalah penting bagi Brunei dan Singapura memahami dan menghargai kekangan dan cabaran masing-masing supaya kededua negara boleh bekerjasama dalam bidang baru.

Demikian dikatakan Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, yang menyertai delegasi Singapura bagi menemani Presiden Tharman Shanmugaratnam dalam lawatan luar negara pertamanya ke Brunei.

Bercakap kepada media pada 26 Januari, Dr Maliki berkata isu kemampanan dan menjalankan kajian kebolehlaksanaan ke atas Grid Kuasa Asean merupakan beberapa bidang Singapura boleh bekerjasama dengan Brunei yang akan mendorong hubungan istimewa antara kededua negara pada masa hadapan.

“Dalam lawatannya ke Brunei, Presiden Tharman sebelum ini menyentuh tentang bidang kerjasama baru antara Brunei dengan Singapura, seperti tenaga boleh diperbaharui.

“Ini adalah isu kemampanan yang dihadapi oleh kededua negara kecil seperti Brunei dan Singapura, dan jika kita boleh bekerjasama untuk mencari penyelesaian bersama, kita boleh mencadangkan penyelesaian kepada Asean,” jelas Dr Maliki.

Beliau juga berpendapat bahawa hubungan istimewa antara Brunei dengan Singapura adalah satu petanda baik kerana ia menyediakan peluang kepada penjawat awam yang lebih muda berhubung dengan rakan sejawatan dan berkongsi pengalaman.

“Saya selalu mengatakan bahawa apabila kita (Singapura) bertemu dan mendekati rakan sejawatan kita (dari Brunei), persoalannya bukan sahaja bagaimana Singapura mengajar mereka, malah bagaimana Singapura belajar daripada mereka, dan saya rasa itu adalah petanda saling menghormati dalam hubungan kami,” ujar Dr Maliki.

Beliau juga berbesar hati bagaimana Brunei dan Singapura menandatangani dua memorandum persefahaman (MOU) apabila Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melakukan lawatan negara ke Singapura pada Januari 2023.


MOU yang ditandatangani adalah Kerjasama dalam Tenaga dan Ekonomi Hijau, Pengukuhan Perdagangan dan Pelaburan Kerjasama dalam Produk Makanan dan Perubatan, Biasiswa Pendidikan Belia Brunei Darussalam-Singapura dan Kerjasama Dalam Pembangunan Keupayaan Perkhidmatan Awam.

Mengulas tentang MOU mengenai biasiswa pendidikan belia, Dr Maliki berkata: “Ia membolehkan ulama Brunei datang ke Singapura pada usia awal dan menjalin hubungan dengan pelajar Singapura.

“Dalam tempoh yang mereka habiskan di Singapura, saya harap mereka bukan sahaja memahami masyarakat Singapura, bahkan membina persahabatan yang berpanjangan.”

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, menegaskan bahawa beliau dan anggota pemerintah lain yang lebih muda akan mematuhi prinsip bahawa mereka perlu melaburkan masa dan tenaga dalam memperkukuhkan hubungan antara Brunei dengan Singapura.

Encik Lee, yang juga sebahagian daripada delegasi Singapura yang menemani Encik Tharman ke Brunei, berkata:

“Pelaburan itu bermakna meluangkan masa mengenali rakyat secara peribadi, serta membina kepercayaan dalam bidang kerjasama dan mengekalkannya selama bertahun-tahun.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >