Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

S’pura, China sedia teroka kerjasama ekon digital, bidang baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, China sedia teroka kerjasama ekon digital, bidang baru

Dec 06, 2023 | 07:42 PM



BEIJING: Singapura dan China akan meneroka peluang kerjasama dua hala melibatkan ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui dan tenaga bersih, serta bidang-bidang baru muncul.


Hal ini disepakati semasa pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan Perdana Menteri China, Encik Li Qiang, di Dewan Besar Rakyat di Beijing, yang berlangsung kira-kira sejam, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 6 Disember.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu berlangsung sehari sebelum kedua-dua mereka menghadiri mesyuarat Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) pada 7 Disember.

Semasa permulaan pertemuan itu, Encik Wong, yang sedang membuat lawatan rasmi empat hari ke Beijing dan Tianjin di China dari 5 hingga 8 Disember, berkata hubungan dua hala antara kedua-dua negara berada dalam “keadaan sangat baik” dan sangat mengalu-alukan mesyuarat JCBC.

“Ini akan menjadi JCBC pertama antara kedua-dua negara sejak kami meningkatkan tahap hubungan kepada sebuah perkongsian yang menyeluruh, bermutu tinggi, berorientasikan masa depan, dan juga JCBC pertama untuk Naib Perdana Menteri Ding (Xuexiang) dan saya sendiri (untuk mempengerusi bersama),” kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.

Dalam edisi ke-19, JCBC merupakan wadah peringkat tertinggi untuk kedua-dua negara membincangkan projek kerjasama.

Encik Wong menambah, wakil dari tujuh kementerian Singapura akan menghadiri mesyuarat itu pada 7 Disember dan kedua-dua negara akan menandatangani lebih daripada 20 perjanjian.

“Saya rasa kami akan mengadakan sebuah pertemuan yang akan membuahkan hasil kerana kami akan meliputi banyak topik dan sebenarnya banyak kementerian di Singapura diwakili (di dalam mesyuarat itu),” kata Encik Wong.

Singapura dan China telah meningkatkan hubungan mereka pada April lalu kepada perkongsian berkualiti tinggi, lantas membuka era baru bagi hubungan dua hala. Ini adalah kali kedua Encik Wong dan Encik Li bertemu pada 2023, susulan lawatan Encik Wong ke China pada Mei.

Mereka juga bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan global, dan mengulangi kepentingan mengekalkan pembangunan serantau yang terbuka, inklusif dan berasaskan peraturan.

Semasa pertemuan itu, Encik Li berkata Beijing memandang penting lawatan Encik Wong. Beliau turut melibatkan ramai anggota kepimpinan China untuk bertemu Encik Wong untuk membincangkan bidang kepentingan bersama.

Beliau berkata 2023 merupakan tahun penting bagi hubungan dua hala, dengan peningkatan kerjasama dan pertukaran di semua peringkat menjadi “lebih rapat dan lebih cekap”.

“Semua ini mencerminkan hubungan kita yang berpanjangan dan mempunyai potensi besar,” kata Encik Li yang menambah, China bersedia untuk bekerjasama dengan Singapura untuk mencapai matlamat cita-cita lebih tinggi dalam era baru hubungan dua hala.

Dalam mesyuarat berasingan di Beijing pada 6 Disember, Encik Wong juga bertemu Naib Perdana Menteri China, Encik He Lifeng, yang menyelia isu ekonomi dan kewangan.

“Saya fikir adalah berguna untuk mengadakan perbualan tentang apa lagi yang boleh kita lakukan antara kedua-dua negara kita untuk memajukan kerjasama ekonomi dan kewangan kita, dan saya menantikan perbualan kita,” kata Encik Wong semasa ucapan pembukaannya.

Encik He berkata China dan Singapura telah mengekalkan momentum yang baik sejak meningkatkan hubungan dua hala mereka, dan kini perlu merealisasi perjanjian yang dicapai antara Presiden China, Encik Xi Jinping, dan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong.

Encik Wong dan Encik He mengalu-alukan pertumbuhan positif dalam hubungan ekonomi dan perdagangan antara Singapura dan China, dan membincangkan cara untuk meluaskan dan mendalami lagi skop kerjasama dua hala, termasuk dalam sektor kewangan, kata PMO dalam kenyataannya.

“Ini akan memberi manfaat kepada syarikat di kedua-dua negara, mengukuhkan ekonomi masing-masing, dan memperdalami aliran perdagangan dan kewangan antara China dan Singapura serta rantau yang lebih luas,” kata PMO.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >