Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

S’pura diramal lebih panas pada 2024 berbanding 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura diramal lebih panas pada 2024 berbanding 2023

Laporan Khidmat Kaji Cuaca: 2023 tahun keempat paling panas di S’pura
Mar 23, 2024 | 10:35 AM



Tahun 2024 diramalkan lebih panas dari 2023, iaitu tahun keempat paling panas yang pernah direkodkan di Singapura.

Menurut Laporan Penilaian Iklim Tahunan 2023 Singapura yang dikeluarkan Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), cuaca lebih panas itu dijangka kerana kesan berlarutan fenomena iklim El Nino.


Fenomena itu, yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering di Asia Tenggara, menjejas Singapura pada separuh kedua 2023.

“Memandangkan suhu tahunan paling panas ekoran kejadian El Nino lazimnya berlaku pada tahun selepas El Nino terjadi bagi kedua-duanya, Singapura dan dunia, maka 2024 boleh menjadi tahun lebih panas,” ujar laporan itu.


Menjelaskan lanjut mengenai cuaca pada 2023, ia berkata beberapa rekod suhu dipecahkan antara Mei dengan November 2023.

Suhu bulanan bermula April 2023 melebihi purata jangka panjang masing-masing, dengan purata suhu Oktober 29.0 darjah Celsius, jauh melebihi rekod Oktober sebelumnya pada 2002 sebanyak 0.3 darjah Celsius.

Bahkan, tempoh 10 tahun dari 2014 hingga 2023 adalah dekad terpanas yang pernah direkodkan di Singapura, itu 28.06 darjah Celsius.

Ini adalah 0.33 darjah Celsius lebih panas dari dekad 2004 hingga 2013.

MSS berkata trend suhu tahunan Singapura pada 2023 serupa dengan trend sejagat yang dilaporkan baru-baru ini oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia.

Dengan peralihan kepada keadaan El Nino, 2023 diisytiharkan sebagai tahun paling panas dalam rekod sejagat sejak 1850.


Menurut laporan yang dikeluarkan pada 23 Mac 2024, Singapura mengalami 37 hari yang mempunyai tempoh tekanan haba tinggi pada 2023, iaitu apabila purata Suhu Glob Mentol Basah setiap jam sama dengan atau lebih daripada 33 darjah Celsius.

Mei 2023 adalah bulan yang mempunyai bilangan tertinggi hari yang mengalami tekanan haba tinggi, iaitu 10 hari, diikuti dengan Oktober, dengan lapan hari.

Rekod suhu tinggi dan hujan lebih rendah menyumbang kepada lebih banyak tempoh tekanan haba tinggi dalam dua bulan itu, kata MSS.

Cuaca kering dan panas pada Mei 2023 juga membawa kepada rekod suhu baru bagi bulan tersebut.

Pada 13 Mei 2023, suhu maksimum harian tertinggi, iaitu 37.0 darjah Celsius, direkodkan di Ang Mo Kio, menjadikannya bukan sahaja hari paling panas dalam rekod Mei, bahkan menyamai suhu pada 17 April 1983, yang tercatat sebagai suhu tertinggi pernah direkod di Singapura.

Sembilan hari pada Mei 2023 mempunyai suhu maksimum 35 darjah Celsius atau lebih tinggi.

Selain suhu tinggi, 2023 merupakan tahun ketujuh paling basah yang pernah dialami Singapura sejak 1980.

Purata jumlah hujan tahunan pada 2023, iaitu 2,866 milimeter, adalah 13.1 peratus melebihi purata jangka panjang 1991 hingga 2020, yang sebanyak 2,534 milimeter.

Tiga bulan pertama 2023 adalah yang sangat basah, dengan Februari 2023 merekodkan lebih daripada dua kali ganda purata jangka panjangnya yang sebanyak 132 milimeter.

Lonjakan monsun berlaku pada akhir Februari hingga awal Mac 2023 – kejadian luar biasa semasa fasa akhir Monsun Timur Laut.

Pada 28 Februari itu, hujan lebat akibat lonjakan monsun membawa 225.5 milimeter hujan di Kallang – jumlah hujan harian tertinggi yang pernah direkodkan pada bulan Februari.

Suhu juga turun kepada 21.1 darjah Celsius di Newton, iaitu suhu terendah yang direkodkan pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >