Topik diikuti
Pergi ke BHkuS’pura kerjasama dengan Australia kaji had umur guna media sosial
S’pura kerjasama dengan Australia kaji had umur guna media sosial
Pemerintah Singapura terbuka untuk menggubal undang-undang had umur minimum untuk penggunaan media sosial dan sedang berbincang dengan rakan sejawat di Australia mengenai perkara ini, kata seorang pegawai pada 7 Januari.
Pada November 2024, Australia telah meluluskan undang-undang yang mengharamkan individu bawah 16 tahun daripada menggunakan rangkaian sosial seperti Facebook, mewujudkan sekatan penggunaan Internet yang paling ketat di luar China.
Di bawah undang-undang tersebut, syarikat teknologi akan bertanggungjawab menguatkuasakan larangan itu, dengan denda sehingga A$50 juta ($42 juta) jika mereka gagal bertindak.
“Objektif yang dinyatakan untuk menggubal had umur bagi akses media sosial adalah untuk melindungi kanak-kanak dan belia daripada kesan buruknya,” kata kata Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, di Parlimen Singapura.
“Kami berkongsi objektif yang sama dan akan terus mengkaji keberkesanan pengenalan had umur,” tambahnya.
Masih belum jelas bagaimana pengendali platform seperti Meta Platforms, yang mengkritik mandat Australia, akan mengesahkan umur.
Pihak berkuasa Australia telah menolak penggunaan dokumen rasmi seperti pasport atas sebab kebimbangan privasi.
Beberapa negara lain dan negeri-negeri di Amerika Syarikat telah cuba mengehadkan akses kanak-kanak ke media sosial, namun kejayaan percubaan tersebut terhad.
Satu rang undang-undang di Florida yang melarang kanak-kanak bawah 14 tahun mempunyai akaun media sosial telah menghadapi cabaran undang-undang, begitu juga dengan usaha dari negeri seperti Arkansas dan Ohio, yang mewajibkan remaja mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk menggunakan media sosial.
Norway pula ingin mengenakan had umur minimum 15 tahun untuk penggunaan media sosial selepas data menunjukkan ramai kanak-kanak bawah 13 tahun, had umur pada masa ini, masih menggunakan platform popular tersebut.
Singapura ingin memahami cara menilai pelanggaran di bawah peraturan yang dipertimbangkan, dan bagaimana menetapkan had jika pengguna muda beralih ke platform sosial yang tidak dikawal, kata Cik Rahayu.
Beliau menambah: “Kami sedang berbincang dengan pihak berkuasa Australia dan pengendali platform media sosial untuk mendapatkan pandangan mereka. Ini akan membantu kami merancang langkah seterusnya.” – Agensi berita.
“
“Objektif yang dinyatakan untuk menggubal had umur bagi akses media sosial adalah untuk melindungi kanak-kanak dan belia daripada kesan buruknya.”