Singapura mengutuk keras serangan yang berlaku balai polis Ulu Tiram di Johor Bahru pada 17 Mei yang mengorbankan dua pegawai polis dan mencederakan seorang lagi.
Menyatakan demikian dalam satu kenyataan pada 17 Mei, Kementerian Luar Singapura (MFA) juga menggesa warga Singapura yang berada atau akan melancong ke Malaysia agar berwaspada dan mengambil pencegahan demi keselamatan peribadi mereka.
Nasihat itu dikeluarkan menyusuli serangan yang berlaku di balai polis Ulu Tiram pada awal pagi 17 Mei itu.
“Kami mengtuskan simpati dan takziah kepada keluarga yang berduka, dan mengharapkan pegawai yang cedera cepat sembuh,” kata MFA.
MFA berkata kededua Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Pejabat Konsulat Singapura di Johor Bahru sedang memantau situasi itu dengan teliti.
Warga Singapura yang melawat Malaysia patut berdaftar secara dalam talian dengan MFA di https://eregister.mfa.gov.sg agar kementerian itu dapat menghubungi mereka sekiranya dalam kecemasan.
Mereka yang melancong ke luar negara juga dinasihatkan agar membeli insurans perubatan dan melancong yang menyeluruh, tambah MFA.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg