Topik diikuti
Pergi ke BHkuS’pura, Laos bincang perbaharu kerjasama tenaga, tangani jenayah rentas sempadan
S’pura, Laos bincang perbaharu kerjasama tenaga, tangani jenayah rentas sempadan
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan rakan sejawatnya dari Laos, Encik Saleumxay Kommasith, bertemu secara rasmi buat kali pertama di Sidang Kemuncak Asean ke-49 di Manila, Filipina pada 16 November.
Dalam satu hantaran media sosial, Encik Wong berkata mereka telah membincangkan cara memperkukuh kerjasama antara Singapura dengan Laos, termasuk dalam tenaga boleh diperbaharui dan menangani jenayah rentas sempadan.
Encik Wong turut mengucapkan tahniah kepada Encik Saleumxay atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada Oktober, sambil menambah bahawa beliau berharap dapat bekerjasama rapat dengan pemimpin Laos itu untuk memperdalam hubungan dua hala.