Topik diikuti
Pergi ke BHkuS’pura mesti kekalkan ketersambungan berbilang laluan, modal demi jalinan sejagat
S’pura mesti kekalkan ketersambungan berbilang laluan, modal demi jalinan sejagat
Kejutan geopolitk sejagat beri kesan kepada negara; perlu kerjasama lebih rapat dengan negara serantau
S’pura mesti kekalkan ketersambungan berbilang laluan, modal demi jalinan sejagat
Mengekalkan pelbagai hubungan yang berdaya tahan adalah penting untuk kelangsungan hidup Singapura, terutamanya di tengah-tengah kejutan geopolitik sejagat dan gangguan rantaian bekalan.
Demikian kata Cik Tin Pei Ling (GRC Marine Parade-Braddell Heights) semasa berucap di Parlimen pada 7 Julai ketika mengetengahkan usul untuk mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab pengangkutan sejagat.
Cik Tin yang mempengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Pengangkutan berkata keterhubungan global adalah amat penting bagi kewujudan Singapura.
“Memastikan ketersambungan berbilang laluan dan berbilang modal adalah lebih penting berbanding sebelum ini dalam iklim geopolitik yang tidak menentu hari ini.
“Oleh itu, sebuah negara kecil seperti kita perlu mempunyai pelbagai hubungan kukuh sebagai asas daya tahan nasional kita,” ujarnya.
Beliau memetik kejutan geopolitik sejagat, seperti perang Russia-Ukraine, tarif Amerika Syarikat dan penutupan Selat Hormuz, sebagai memberi kesan yang semakin meningkat kepada negara.
Perang Russia-Ukraine telah menyebabkan gangguan rantaian bekalan, masalah tenaga dan inflasi. Tarif Amerika pula mengganggu ekonomi berorientasikan eksport Singapura.
Tambahan, perang antara Amerika dengan Iran yang menjejas Selat Hormuz mencetuskan lonjakan harga tenaga, kesesakan pelabuhan serantau dan kos insurans marin yang melambung tinggi.
“Singapura memerlukan pilihan untuk kekal terhubung bagi memastikan barangan dan orang ramai terus keluar masuk, walau apa pun gangguannya,” kata Cik Tin.
Oleh itu, Singapura mesti mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk mengendalikan aliran perdagangan yang semakin meningkat, dan untuk berbuat demikian memerlukan kerjasama yang lebih rapat dengan negara jiran serantau.
Cik Tin menggariskan tiga faktor – teknologi sempadan, kerjasama antarabangsa dan infrastruktur bertaraf dunia – yang penting untuk memastikan ketersambungan global Singapura.
Negara ini tidak boleh ketinggalan di belakang dalam menggunapakai teknologi terkini, jelasnya.
Menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa pula, Cik Tin berkata keterhubungan global hanya boleh tercapai apabila negara yang berlainan boleh berinteraksi dan beroperasi di bawah undang-undang dan standard yang sama.
“Sedang dunia berisiko berpecah-belah lebih jauh, dengan Amerika menarik diri daripada penglibatan pelbagai hala, terdapat satu keperluan baharu dan mendesak bagi Singapura, bersama-sama negara-negara kecil lain, untuk bersatu menegakkan kedaulatan undang-undang.
“Ini memerlukan kemahiran kenegaraan dan usaha berterusan untuk terlibat dan berunding.
“Tetapi... kita juga mesti memastikan hubungan dan perjanjian kita dengan jiran kita kekal kukuh, kerana sebagai blok serantau, kita membawa kesan global yang jauh lebih besar bersama-sama berbanding jika kita semua bersendirian. Singapura mesti terus menerajui usaha ini,” kata beliau.
Beliau menyeru agar Kementerian Pengangkutan (MOT) berusaha lebih gigih untuk mendapatkan kerjasama antarabangsa terutama dalam kalangan Asean.
Cik Tin turut menekankan kepentingan infrastruktur fizikal dan digital yang hebat.
“Selain infrastruktur hibrid dalam sempadan kita sendiri, kita juga harus melihat melangkaui sempadan geografi terdekat Singapura — memperluas fungsi hab kita ke bandar dan pelabuhan pelengkap di seluruh rantau Asean, untuk menangani limpahan permintaan sambil mengekalkan aktiviti margin tertinggi di sini,” tambahnya.
“
“Memastikan ketersambungan berbilang laluan dan berbilang modal adalah lebih penting berbanding sebelum ini dalam iklim geopolitik yang tidak menentu hari ini. Oleh itu, sebuah negara kecil seperti kita perlu mempunyai pelbagai hubungan kukuh sebagai asas daya tahan nasional kita.”