SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

S’pura, M’sia tegas hubungan pertahanan

S’pura, M’sia tegas hubungan pertahanan

Panglima Angkatan Tentera M’sia, Jeneral Datuk Haji Malek Razak Sulaiman, melawat S’pura dari 8 hingga 10 Apr
Apr 10, 2026 | 4:25 PM

S’pura, M’sia tegas hubungan pertahanan

hubungan pertahanan Singapura Malaysia, kerjasama pertahanan serantau, Jeneral Malek Razak
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Haji Malek Razak Sulaiman (kiri), dan Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing (kanan), menegaskan semula hubungan pertahanan yang mesra dan telah lama terjalin antara Singapura dan Malaysia, semasa lawatan pengenalan Jeneral Malek ke Singapura dari 8 hingga 10 April. - Foto MINDEF

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Haji Malek Razak Sulaiman, telah mengadakan lawatan pengenalan ke Singapura dari 8 hingga 10 April.

Dalam kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 9 April, Jeneral Malek dan Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, mengesahkan semula eratnya hubungan pertahanan antara Singapura dan Malaysia yang telah lama terjalin.

Mereka turut menekankan betapa pentingnya kerjasama serantau yang rapat untuk menjamin kestabilan dalam persekitaran yang sentiasa berubah.

Pada 9 April, Jeneral Malek telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Encik Chan.

Menurut Mindef dalam kenyataan itu:

“Kedua-dua angkatan tentera negara sering berinteraksi melalui pelbagai cara, termasuk latihan dua hala, lawatan dan pertukaran profesional, penyertaan kursus, serta platform pelbagai hala.

“Interaksi ini telah mengukuhkan hubungan profesional dan persefahaman antara angkatan tentera kedua-dua negara, sekali gus menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan serantau.”

Jeneral Malek (Berjalan, kanan) semasa memeriksa Kawalan Kehormatan di Mindef pada 9 April.
Jeneral Malek (Berjalan, kanan) semasa memeriksa Kawalan Kehormatan di Mindef pada 9 April. - Foto MINDEF

Jeneral Malek turut bertemu dengan Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Madya Aaron Beng, serta melawat beberapa tapak pertahanan.

Beliau memeriksa Kawalan Kehormatan di Mindef dan melawat Pusat Ujian dan Penilaian Pertahanan Siber (CyTEC) milik Perkhidmatan Digital dan Perisikan di Kem Stagmont.

Lawatan itu bertujuan memahami keupayaan pertahanan siber, termasuk simulasi senario dunia sebenar.

Kemudian, Jeneral Malek melawat Skuadron 112 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Udara Changi (Timur) untuk melihat peranannya dalam menyokong operasi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg