Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

S’pura pertimbang laluan baru seperti laut, pastikan kiriman bantuan berkesan ke Gaza: Zaqy

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura pertimbang laluan baru seperti laut, pastikan kiriman bantuan berkesan ke Gaza: Zaqy

Sebanyak $790,000 sudah dikumpul melalui kempen RLAF terbaru yang dilancar pada 20 Mac bagi bantu warga Palestin
Mar 24, 2024 | 08:40 PM



Singapura akan mempertimbangkan saluran alternatif – termasuk melalui laluan maritim – dan memanfaatkan peluang baru bagi memastikan penghantaran pakej bantuan kepada penduduk Gaza lebih berkesan.

Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

Meskipun ia tidak cenderung terhadap mana-mana saluran dalam usaha menyampaikan bantuan, Singapura akan terus memantau dan menetapkan cara paling praktikal dan berkesan, katanya.

Ini susulan bantuan kemanusiaan ketiga dari Singapura baru-baru ini apabila ia menggugurkan bantuan makanan dari udara melalui C-130 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

Pemberian lain sebelum ini dilakukan melalui darat menerusi El-Arish di Mesir pada 23 November dan 24 Januari.

“Kali ini, disebabkan sekatan darat kita telah melakukan apa yang kita mampu melalui RSAF.

“Memandang ke hadapan, ada kemungkinan lain yang mungkin tersedia, termasuk melalui laluan laut.

“Saya rasa kita akan terus memantau dan lihat apa yang tersedia dan paling praktikal supaya kita boleh menghantar bantuan secara berkesan” kata Encik Zaqy.

Beliau berkata demikian semasa menemui media selepas melancarkan kerjasama kawasan undi Marsiling-Yew Tee dengan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) bagi memperluas daya usaha mengumpul derma demi membantu mangsa krisis di Gaza, Palestin.

Ia merupakan antara beberapa kawasan undi yang bekerjasama dengan RLAF dalam kempen terkini bagi mengumpul dana bantuan kemanusiaan yang dimulakan sejak 20 Mac dan akan berlangsung hingga 26 Mac.

Menurut RLAF, sejauh ini sebanyak $790,000 berjaya dikumpulkan.

Inisiatif itu dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong dalam satu acara yang diadakan berdekatan stesen MRT Yew Tee pada 24 Mac.

Pelancaran tersebut yang juga merupakan acara berbuka puasa beramai-ramai, turut disertai penasihat akar umbi GRC Marsiling-Yew Tee yang terdiri daripada Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, Mayor CDC North West, Encik Alex Yam dan Anggota Parlimen, Cik Hany Soh.

Semua sumbangan derma yang dikumpulkan semasa kempen tersebut disalurkan kepada RLAF bagi menyediakan bantuan penting khas yang kini lebih tertumpu kepada membantu kanak-kanak yang terjejas berikutan krisis di Gaza.

Menyentuh tentang usaha tersebut dalam ucapannya semasa acara tersebut, Encik Wong berkata warga Singapura turut bersimpati dengan krisis kemanusiaan di Gaza.

Dalam ucapannya semasa acara itu, Encik Wong berkata bencana yang kini sedang berlaku di Gaza begitu dahsyat dan keperitannya tidak tertanggung, dan warga Singapura turut bersimpati dengan warga Palestin.

“Pemerintah Singapura melakukan sedaya mungkin untuk menyalur bantuan kemanusiaan. Pada masa yang sama, saya rasa masyarakat juga boleh menyumbang kepada usaha ini. Ia bukan sesuatu yang hanya dilakukan pemerintah tetapi kita semua boleh memainkan peranan. Ini merupakan salah satu cara kita boleh memaparkan perpaduan kita dalam tempoh mencabar ini,” kata Encik Wong.

Menyentuh tentang kerjasama yang dijalin sekali lagi antara kawasan undi itu dengan RLAF, Encik Zaqy berkata, ia memaparkan komitmen kukuh terhadap usaha membantu mangsa krisis itu.

“Kerjasama yang dilanjutkan ini menandakan komitmen kami terhadap usaha membantu mereka yang memerlukan, dalam menegakkan maruah manusia tanpa mengira sempadan geografi,” kata Encik Zaqy.

Sejauh ini, masyarakat di Singapura telah mengumpulkan dana sebanyak $6.1 juta bagi tujuan membantu warga Palestin yang menjadi mangsa konflik Israel-Palestin.

Wang itu, yang dikutip oleh RLAF telah diserahkan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada 17 Mac.


Ini bermakna RLAF telah mengutip dana $8.1 juta secara keseluruhan bagi Gaza sejak kejadian 7 Oktober – iaitu jumlah tertinggi yang pernah dikumpulkannya bagi tujuan kemanusiaan tunggal dalam sejarah badan kemanusiaan itu.


Butiran untuk menderma adalah seperti berikut:


PayNow ke RLAF menerusi nombor UEN 200910530ZRLA dan nyatakan ‘GAZA2024’ di bawah kenyataan.


Laman giving.sg/donate/campaign/Gaza2024.


Pemindahan bank ke akaun OCBC Current: 601313315001.


Hantar cek kepada RLAF dengan menulis nama penderma, nombor kontak serta ‘GAZA2024’ ke alamat RLAF, Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapura 737740 atau Muis, 273 Braddell Road, Singapura 579702.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >