Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura saran tadbir urus baru AI generatif, minta maklum balas global

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura saran tadbir urus baru AI generatif, minta maklum balas global

Josephine Teo: Rangka kerja yang dibangunkan Yayasan AI Verify, IMDA sebahagian sumbangan kepada perbincangan global
Jan 16, 2024 | 07:26 PM



DAVOS (Switzerland): Singapura telah mencadangkan rangka kerja tadbir urus baru untuk kecerdasan buatan (AI) generatif dan sedang mendapatkan maklum balas antarabangsa mengenainya.


Rangka Kerja Tadbir Urus AI Model bagi AI Generatif baru itu dibangunkan di atas rangka kerja 2019, yang hanya merangkumi AI tradisional, dan ia amat diperlukan memandangkan AI generatif kini kian berkembang.

Rangka kerja itu, yang dibangunkan oleh Yayasan AI Verify dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), adalah sebahagian daripada sumbangan Singapura kepada perbincangan global, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, pada 16 Januari.

Bercakap kepada The Straits Times di Davos, Switzerland, di mana beliau menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEC), Cik Teo berkata tadbir urus AI tidak boleh dilakukan pada peringkat negara sahaja.


“Sumbangan kita kepada perbincangan global adalah sebahagian daripada alasan kita memilih Forum Ekonomi Dunia untuk menjadi landasan pelancaran bagi rangka kerja yang dikemas kini dan untuk mendapatkan input antarabangsa.

“Sebahagiannya juga kerana bidang ini sangat baru. Kita percaya bahawa untuk mencapai kemajuan, sebuah negara perlu menawarkan sesuatu, membentangkannya di atas meja, dan kemudian perbincangan global boleh diperkayakan lagi,” kata Cik Teo.

Rangka kerja itu, yang dipanggil MGF 2.0, dijangka dimuktamadkan pada pertengahan 2024.

Cik Teo menambah bahawa kemajuan rangka kerja ini sejajar dengan Strategi AI Nasional 2.0 yang dilancarkan pada Disember 2023.

Contoh AI generatif termasuk alat penciptaan kandungan popular seperti ChatGPT dan Midjourney, manakala AI tradisional termasuk alat yang boleh meramalkan penipuan, penyakit dan risiko penerbangan pekerja.

Rangka kerja baru itu amat menyeluruh dan akan mengenal pasti sembilan tiang utama tadbir urus AI, seperti kebertanggungjawaban dan keselamatan, serta ujian dan jaminan, kata Cik Teo.

Ia dibangunkan di atas usaha seperti kertas perbincangan oleh IMDA pada 2023 mengenai risiko yang berkaitan dengan penggunaan AI generatif yang lebih besar, serta berusaha untuk memberikan panduan tentang penilaian keselamatan model AI generatif dan ujian penilaian berterusan ke atas produk AI, kata IMDA dalam satu kenyataan pada 16 Januari.

Walaupun Singapura bukan satu-satunya negara yang menyumbang kepada perbincangan global, ia tetap dipandang baik oleh negara-negara lain disebabkan pendekatan Singapura yang praktikal terhadap isu tadbir urus AI seperti pembangunan kit alat ujian AI Verify dan daya Singapura memandang jauh ke hadapan.

AI Verify ialah sebuah kit alat yang bertujuan membantu pertubuhan mengesahkan prestasi sistem AI mereka terhadap prinsip tadbir urus AI yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti keselamatan, ketelusan dan daya pengukuran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >