Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Piawaian baru bagi tingkat keselamatan aplikasi, lindung pengguna dari penipuan: Josephine

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Piawaian baru bagi tingkat keselamatan aplikasi, lindung pengguna dari penipuan: Josephine

Jan 10, 2024 | 07:48 PM



Satu piawaian baru dinamakan Piawaian Aplikasi Selamat bagi membantu pembangun dan penyedia aplikasi tempatan meningkatkan keselamatan aplikasi mudah alih telah diterbitkan oleh Agensi Keselamatan Siber (CSA) bagi melindungi pengguna daripada percubaan perisian hasad dan pancingan data.

Selain itu, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) juga telah membangunkan garis panduan baru untuk membantu syarikat telekomunikasi mengenal pasti dan melindungi pengguna rentan dengan lebih baik semasa mereka mendaftar untuk talian telefon bimbit baru, terutamanya dalam situasi di mana mereka mungkin dieksploitasi atau berada di bawah pengaruh pihak ketiga.

Demikian antara beberapa langkah baru diumumkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di Parlimen bagi melindungi pengguna dengan lebih baik, terutamanya warga yang mungkin mudah terdedah kepada pelbagai taktik penipuan.

“Piawaian ini akan menetapkan amalan terbaik yang boleh mengurangkan risiko pelaku berniat jahat yang mengeksploitasi kelemahan dalam reka bentuk aplikasi. Sebagai contoh, aplikasi boleh direka bentuk untuk memerlukan pengesahan tambahan pengguna sebelum membenarkan transaksi berisiko tinggi, seperti yang memberi akses kepada aset atau wang simpanan kita.

“Piawaian ini juga akan mengesyorkan agar pembangun membina keupayaan pengesanan perisian hasad pada aplikasi mereka, memandangkan ciri ini telah terbukti berkesan dalam mengganggu transaksi tanpa kebenaran apabila penipu menggunakan peranti yang terjejas,” kata Cik Teo.

Cik Teo, yang juga Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber, berkata demikian sebagai menjawab usul yang difailkan oleh Anggota Parlimen (AP) Cik Tin Pei Ling (MacPherson), dan empat AP lain.

Usul tersebut menggesa pemerintah membina masyarakat digital yang selamat susulan beberapa laporan berita tentang penduduk yang masih terpengaruh dengan penipuan walaupun terdapat percubaan untuk meningkatkan kesedaran tentang taktik penipuan.

Cik Tin, yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Perhubungan dan Penerangan, memfailkan usul tersebut bersama Cik Jessica Tan (GRC East Coast), Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol), Encik Alex Yam dan Cik Hany Soh (GRC Marsiling-Yew Tee).

Untuk meningkatkan perlindungan pengguna daripada ditipu untuk mendaftar dan membayar bil bagi talian telefon yang digunakan untuk penipuan, Cik Teo berkata IMDA telah menerbitkan satu garis panduan untuk syarikat telekomunikasi melindungi pengguna rentan.

“Ia memerlukan langkah membantu kakitangan barisan hadapan mengenal pasti pengguna yang terdedah semasa pendaftaran perkhidmatan dan mengendalikan kes di mana pengguna disyaki telah dieksploitasi. Garis panduan ini juga menggalak syarikat telekomunikasi untuk mengetepikan caj untuk pengguna rentan yang telah menjadi mangsa penipuan.

“MHA juga sedang meneroka cara untuk melindungi orang ramai dengan lebih baik, terutamanya mereka yang terus mempercayai penipu walaupun telah diberi amaran oleh anggota keluarga dan Polis,” kata Cik Teo.

Langkah lain yang diumumkan termasuk pengenalan rangka kerja Kemahiran Digital Seumur Hidup (DSL) baru untuk menyokong rakyat Singapura dari semua peringkat umur untuk mengukuhkan kemahiran celik digital mereka.

Sebuah inisiatif baru bernilai $20 juta turut diumumkan untuk membina kepercayaan dan keselamatan dalam talian bagi membangunkan alat untuk mengesan ‘deepfake’ dan maklumat salah.

Menerusi inisiatif ini, ‘deepfake’ yang tersebar luas boleh ditanda pada masa hadapan untuk memaklumkan penonton. Di samping itu, teknologi penanda yang sama juga boleh digunakan untuk melabelkan kandungan yang boleh dipercayai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >