S’pura sedia penerbangan pemindahan, bawa pulang rakyat dari Oman pada 7 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura sedia penerbangan pemindahan, bawa pulang rakyat dari Oman pada 7 Mac

Mar 5, 2026 | 1:54 PM

S’pura sedia penerbangan pemindahan, bawa pulang rakyat dari Oman pada 7 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Konflik Amerika-Israel, Iran, Lapangan Terbang Changi, Timur Tengah
Anggota keluarga di Lapangan Terbang Changi menyambut kepulangan warga Singapura dari Timur Tengah selepas beberapa negara Teluk menutup ruang udara susulan konflik Amerika-Israel dengan Iran. - Foto ZAOBAO

Kementerian Ehwal Luar (MFA) sedang membuat perancangan bagi penerbangan pemindahan pada 7 Mac untuk membawa pulang rakyat Singapura dari Muscat, Oman.

Ia juga sedang bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan pihak berkuasa tempatan di rantau Timur Tengah untuk meneroka kemungkinan penerbangan pemindahan selanjutnya, kata Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Gan Siow Huang.

Menjelaskan lebih lanjut kepada media di luar sidang perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen pada 5 Mac, beliau berkata pengaturan sedemikian akan mengambil kira laluan penerbangan, pembukaan ruang udara dan pembukaan semula lapangan terbang.

Beliau berkata: “(Pengaturan ini) adalah tersasar kepada warga Singapura yang kini berada di Oman dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), di mana terletaknya sekitar 60 peratus daripada warga Singapura yang telah berdaftar secara elektronik bersama kementerian kami.”

Cik Gan tidak memberikan perincian lanjut mengenai jenis penerbangan, namun difahamkan Misi Luar Negara Singapura di Timur Tengah akan memberikan maklumat lanjut kepada warga Singapura yang berdaftar di kedutaan masing-masing.

Beliau menambah kementerian itu juga akan memulakan perjalanan melalui darat yang dibantu MFA dalam beberapa hari selanjutnya bagi warga Singapura di Bahrain dan Qatar untuk ke Riyadh, Arab Saudi –salah satu negara dengan ruang udara yang masih dibuka seperti biasa.

Usaha sedemikian dilakukan tatkala Amerika Syarikat dan Israel meneruskan serangan ke atas Iran sejak 28 Februari.

Iran kemudian melakukan serangan balas terhadap beberapa negara di Teluk – termasuk Bahrain, Jordan, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan UAE.

Sejak itu, ruang udara sebahagian besar negara Teluk ditutup ekoran serangan udara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg