S’pura suntik lebih $1b perkukuh penyelidikan AI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura suntik lebih $1b perkukuh penyelidikan AI

Jan 24, 2026 | 9:27 PM

S’pura suntik lebih $1b perkukuh penyelidikan AI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapura bakal labur tambahan lebih $1 bilion dalam tempoh lima tahun, dari 2025 hingga 2030 untuk perkukuh penyelidikan kecerdasan buatan (AI).
Singapura bakal labur tambahan lebih $1 bilion dalam tempoh lima tahun, dari 2025 hingga 2030 untuk perkukuh penyelidikan kecerdasan buatan (AI). - Foto ZAOBAO

Pelajar seawal peringkat prauniversiti akan menerima sokongan bagi mengembangkan minat dalam bidang penyelidikan kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada usaha Singapura untuk meluaskan saluran bakat AInya sendiri.

Langkah itu bernaung di bawah Pelan Penyelidikan dan Pembangunan AI Nasional (NAIRD) yang mana pemerintah akan menyuntik pelaburan tambahan lebih $1 bilion dalam tempoh lima tahun, dari 2025 hingga 2030.

Langkah tersebut diumumkan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, semasa acara Makan Malam Gala Minggu Penyelidikan AI Singapura di Cloud9 Piazza, Jewel Lapangan Terbang Changi pada 24 Januari.

Pelan tersebut antara lain akan menyokong inisiatif yang memutik minat awal dalam penyelidikan AI dalam kalangan belia.

Misalnya, Olimpik Nasional dalam AI (NOAI) menyediakan para pelajar agar dapat mewakili Singapura di Olimpik Antarabangsa dalam AI (IOAI).

Pelaburan tambahan itu mencerminkan komitmen pemerintah untuk mengukuhkan keupayaan penyelidikan AI awam Singapura dan meningkatkan daya saing penyelidikan global negara ini.

Pelan NAIRD menyokong cita-cita AI Singapura yang lebih luas di bawah Strategi AI Nasional (Nais) 2.0 dan dibina berdasarkan usaha penyelidikan AI yang berterusan di bawah pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE).

Pelan tersebut akan mengukuhkan lagi kedudukan Singapura sebagai hab penyelidikan AI dengan meningkatkan usaha penyelidikan yang berterusan dan menangani cabaran penyelidikan AI yang penting.

Cik Teo melakarkan tiga bidang utama Pelan NAIRD iaitu penyelidikan AI asas, penyelidikan AI gunaan dan bakat.

Di bawah bidang penyelidikan AI asas, Singapura ingin membangunkan Pusat Penyelidikan Kecemerlangan (RCE) bertaraf dunia untuk memajukan penyelidikan dalam bidang keutamaan seperti AI yang bertanggungjawab, AI yang cekap sumber, metodologi AI yang baru muncul serta AI tujuan umum.

RCE ini akan menempatkan pasukan penyelidik setempat dan antarabangsa yang akan mendalami usaha R&D dalam ruang AI bertanggungjawab termasuk melindungi sistem AI daripada dieksploitasi oleh pelaku jahat.

“Pusat-pusat ini akan menampilkan pasukan penyelidik – menggabungkan individu yang mapan serta bakat pelapis – yang menumpukan perhatian kepada persoalan rumit bagi jangka panjang.

“Kami menjangkakan mereka akan bekerjasama secara aktif dengan pihak lain dalam ekosistem tempatan serta di peringkat antarabangsa.

“Kami juga mahu penemuan penyelidikan mereka dikongsi secara terbuka, demi menyumbang kepada gedung ilmu sejagat,” kata Cik Teo.

Di bawah bidang penyelidikan AI gunaan pula, Singapura mahu membina keupayaan untuk menyokong penerimaan dan aplikasi AI dalam industri serta inisiatif yang dipacu oleh domain RIE.

Ini akan dilakukan dengan membina keupayaan kejuruteraan AI teras untuk menterjemah dan menggunakan penyelesaian AI pada kelajuan dan skala serta memupuk bakat yang mahir dalam AI dan mempunyai kepakaran domain.

Demi membangunkan bakat AI di Singapura pula, selain menyasarkan pelajar prauniversiti, Pelan NAIRD juga akan menyokong inisiatif bagi para penyelidik muda membina kerjaya penyelidikan AI yang berdaya saing dengan menyediakan pendedahan kepada institusi penyelidikan AI terkemuka di dalam dan luar negara.

Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI), dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata penyelidikan berfungsi sebagai pemacu kegiatan utama dalam usaha AI negara, memajukan keupayaan teknikal Singapura yang mendalam dan memastikan negara ini kekal di barisan hadapan inovasi AI.

“Singapura telah membina keupayaan penyelidikan AI yang boleh dipercayai, menarik rakan kongsi global melalui barisan bakat AI setempat yang kukuh.

“Bagi mengekalkan kemajuan ini, membina masyarakat penyelidikan yang bertenaga dan terhubung kekal penting bagi Singapura.

“Pendekatan ini membolehkan ekosistem penyelidikan setempat kami bekerjasama dengan bakat AI terbaik dunia untuk mencapai kejayaan dan membangunkan penyelesaian yang memenuhi keperluan Singapura,” menurut kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg